Ianya Belum Cukup Baik – Andrea Dovizioso

Walaupun kini mendahului carta kejohanan di kelas perdana MotoGP, Andrea masih merasakan beliau belum cukup yakin merangkul kejuaraan dunia itu.

“Ia sesuatu yang bagus dan menggembirakan tapi ia belum cukup baik” jawab Andrea Dovizioso ketika ditanyakan tentang konsistensi prestasi beliau. Dia sendiri mengakui, sukar buatnya untuk mengekalkan kedudukan yang baik kerana salah satu sebabnya adalah keupayaan tayar Michelin untuk perlumbaan tahun ini.

“Sekarang cengkaman tayar belakang lebih kuat, jadi kena masuk selekoh dengan sudut yang besar dan lebih laju. Masalah kedua, bila keluar selekoh, perlu sangat berhati-hati untuk memecut kerana tayar belakang mudah menggelungsur. Memang sukar untuk laju ketika mengambil selekoh” tambah beliau lagi.

Mampukah Dovi mempertahankan kedudukannya sekarang dan menjuarai MotoGP tahun ini? Sama-sama kita saksikan episod seterusnya hujung minggu ini. Teruskan bersama kami. Keep on sharing guys!

#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #Championship #AndreaDovizioso #AD04 #Michelin #Ducati

 

Comments

Follow Us