- Get link
- X
- Other Apps
Insiden melibatkan Maverick ViƱales, rakan sepasukan VR46 di Styrian GP tempohari masih lagi terbayang-bayang dalam ingatan. Antara detik hidup atau mati seorang pelumba dunia, cukup memberi impak kepada semua.
MV menyatakan breknya gagal berfungsi dan mengaku kesilapan yang dia lakukan. Ini mencuri perhatian umum dan mata peminat diseluruh dunia terus kepada Brembo. Selaku penaja utama sistem brek perlumbaan, mereka tampil dengan kenyataan berikut.
Brembo telah memberi cadangan dan pilihan kepada semua pasukan perlumbaan, tapi keputusan utama adalah dari pasukan itu sendiri. Penggunaan sistem dan spesifikasi brek adalah punca utama insiden Vinales tempohari.
“Kami sentiasa memberikan pendapat dan sokongan penuh kepada semua pasukan berkenaan sistem brek yang perlu dipakai antara setiap saingan. Pemilihan caliper brek, cecair brek, pad dan sebagainya sentiasa digunakan mengikut kesesuaian perlumbaan dan pasukan bertanggungjawab penuh dalam membuat keputusan”, jelas wakil Brembo semasa ditanya berkenaan ini.
Vinales tidak menukar sistem brek hadapan 2019 yang mereka gunakan kepada sistem brek terbaru 2020 seperti yang dipakai oleh pelumba pasukan Yamaha yang lain seperti VR, Fabio dan Franco Morbidelli. Bagi musim 2020, model brek terbaru, GP4 diperkenalkan kepada semua pasukan. Hampir kesemua pasukan lumba menggunakan sistem GP4 kecuali KTM dan Aprilia yang masih menggunakan sistem tahun 2019.
Sistem GP4 lebih berprestasi tinggi kerana rekabentuk baru yang mempercepatkan penyejukan sistem brek perlumbaan. Jelas Brembo lagi, sistem brek sangat dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, suhu ketika perlumbaan, isipadu petrol malah saiz tayar juga memainkan peranan.
Bukan mudah nak ‘setting’ jentera lumba ni rupanya. Banyak faktor yang memainkan peranan. Tak sabar nak tunggu race akan datang. Teruskan bersama kami! Keep on sharing guys!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #MotoGP #Brembo #BrakingSystem #RaceBrake #MaverickVinales #GP4
Comments
Post a Comment