- Get link
- X
- Other Apps
Kerisauan dan ketakutan pasukan yang berlumba dalam MotoGP terhadap KTM kian memuncak. Ramai diantara mereka yang tidak senang dengan perkembangan terbaru KTM ini. Ini kerana hanya KTM dan Aprilia yang dibenarkan untuk pembangunan, membina dan menguji enjin baru bagi jentera mereka untuk musim 2021.
Oleh kerana pandemik Covid-19, ramai pasukan yang telah bersetuju untuk membekukan program pembangunan enjin masing-masing dek kerana penjimatan kos. Tapi tidak buat KTM dan Aprilia kerana mereka diberikan kebenaran khas untuk program berkenaan. KTM dibenarkan untuk membangunkan enjin baru berikutan kemenangan oleh Brad Binder dan Miguel Oliveira di Czech dan Styria GP yang lalu.
“Kami percaya mereka (KTM) sedang membangunkan enjin super bagi musim 2021. Tidak seperti yang lain, mereka boleh membuka dan memperbaharui enjin tanpa had. Dalam masa yang sama, mereka boleh ‘membina’ enjin baru!” wakil pasukan lumba yang lain mencelah.
Mengikut undang-undang homoglasi sediada, KTM mempunyai enjin ekstra tapi harus membentangkan perancangannya kepada Pengarah Teknikal badan sukan permotoran itu. Situasi ini membimbangkan ramai pesaing MotoGP kerana KTM bakal mendapat kelebihan berbanding pasukan lain yang akan terus menggunakan enjin versi 2020 untuk saingan musim 2021 itu nanti.
Adakah kelebihan ini bakal membawa KTM ke pentas Juara Dunia MotoGP 2021? Makin menarik bukan? Sama-sama kita nantikan! Teruskan bersama kami. Keep on sharing guys!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MotoGP #KTM #superengine #season2021 #Aprilia #Yamaha #Honda #Suzuki #Ducati #homologation #homologationrules #homologatedparts
Comments
Post a Comment