Malaysia Cubprix Pusingan 3 - Sepang


MCP bakal berlangsung sekali lagi di Litar Sepang (Trek Selatan) bermula esok dan Khamis bagi pusingan 3 kejohanan tersebut. Untuk info Litar Sepang ini sudah lama tidak menjadi venue bagi MCP. Kali terakhir digunakan adalah pada 2013.

Semalam, TW berkesempatan turut serta dalam sesi Zoom Meeting bersama Penganjur MCP, Prinsipal Pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing Team, Pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, pelumba MCP dan beberapa rakan media lain. Ini adalah ‘online interview’ pertama kali seumpamanya dalam arena MCP.

Pasukan PSYCKJ akan membawa pelumba ‘baru’ dalam pasukan mereka kali ini. Nama yang tidak asing lagi dalam kancah MCP, Affendi Rosli (Juara Underbone 2009) akan bersama pasukan itu bermula dari pusingan 3 esok. Affendi kembali ke MCP setelah menerima tawaran dari pasukan PSYCKJ dan bakal memberi saingan dalam kategori 150. Affendi yakin dengan pengalaman beliau dalam trek besar, memberi kelebihan buatnya di Trek Selatan itu nanti.

Tidak kurang hebatnya juga bagi pasukan IHYR, mereka telah bersedia bagi saingan MCP ini. Mempertaruhkan Azroy Hakeem Anuar, mereka pasti dapat memberi saingan sengit ketika perlumbaan berlangsung Rabu ini. Prinsipal pasukan itu, Shahrol Yuzy, berpendapat Trek Selatan lebih mudah kerana faktor saiz trek dan data yang mereka ada cukup untuk persediaan jentera lumba.

Apabila kedua-dua pelumba dan pasukan ditanya berkenaan tayar Dunlop yang dibekalkan pada perlumbaan lepas, masing-masing berpendapat belum tiba masanya untuk mereka menggunakan tayar berkenaan. Saiz dan berat tayar memainkan peranan penting dalam perlumbaan terutama dalam ‘set-up’ motosikal lumba. Prinsipal PSYCKJ berpendapat, tayar tersebut bagus tapi bergantung kepada trek. Yuzy pula mengatakan bahawa pasukan beliau akan mula membuat ujian dan latihan menggunakan tayar Dunlop selepas pusingan di Sepang nanti.

Akhir sekali, Penganjur MCP dilontar beberapa soalan berkenaan penganjuran kejohanan tersebut. Buat masa ini, MCP akan mengikut setiap SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN dan perbincangan berterusan dan bekerjasama rapat dengan KBS. Agenda utama adalah demi masa depan MCP dan penganjurannya pada musim 2021 nanti. Kelibat penyokong sudah pasti ditagih, tapi kita masih belum menang melawan pandemik Covid19 lagi. Mungkin ada berita baik buat semua tentang litar Jempol yang bakal dinaiktaraf. Perancangan itu masih dilakukan dan penganjur berharap akan ada sinar baru buat MCP.

Kejohanan MCP Pusingan 3 akan disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM, Facebook Rasmi MCP dan saluran rasmi Youtube MCP bermula jam 2 petang. Sama-sama kita saksikan. Sokongan anda semua pemangkin sukan permotoran negara! Jom support gais..!!

#TW #TwoWheels #TWmedia #MCP #PetronasSprinta #CKJracingteam #IdemitsuHonda #YuzyRacing #ShahrolYuzy #AffendiRosli #AR36 #AzroyHakeem #AH20 #SIC #SouthTrack #MAM #KBS #MKN

 

Comments

Follow Us