- Get link
- X
- Other Apps
Pusingan kedua SIC MiniGP menutup tirai secara rasminya sebentar tadi. Walaupun hujan renyai turun seketika pada perlumbaan pertama 160cc namun ianya tidak mengganggu pelumba-pelumba cilik kita menunjukkan prestasi yang tinggi dan bersaing dengan selamat didalam litar.
Sedikit perubahan dibuat pada jentera serta menambah jumlah sesi latihan bebas semalam memberikan peluang kepada pelumba untuk beraksi cemerlang di litar. Jumlah lap perlumbaan juga ditambah iaitu 18 lap bagi 160cc dan 15 lap bagi 110cc.
Dengan tunjuk ajar dari tenaga pengajar yang berpengalaman, pelumba-pelumba MiniGP lebih laju di litar berbanding pusingan pertama sebelum ini.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang terutama adik Qabil Irfan dan adik Hakim Danish yang terus mendominasi perlumbaan semenjak pusingan pertama. SIC MiniGP akan berihat seketika dan akan bersambung semula pada awal bulan hadapan.
#TwoWheels #TWmedia #MGPM #MAM #KBS #braapmotorsports #SICminiGP
Comments
Post a Comment