- Get link
- X
- Other Apps
Kecederaan yang dialami ‘Superstar’ Honda, Marc Marquez, berkemungkinan akan mengambil masa lebih lama lagi untuk sembuh sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, MM akan berehat sebulan lagi sebelum boleh kembali meneruskan perjuangannya di arena MotoGP.
Ketiadaan beliau memberi peluang kepada nama-nama baru mencipta kejuaraan seperti Fabio, Brad dan Oli. Namun begitu, fenomena ini tidak berapa menarik bagi bekas juara dunia, Casey Stoner.
“Apa yang saya katakan ini pasti akan menjadi kontroversi. Ketiadaan Marquez membuatkan kejuaraan ini tidak naik ke tahap lain. Semuanya menjadi satu kemungkinan. Setiap saingan pasti ada juara yang tidak disangka-sangka. Tanpa Marc, sejujurnya, tiada ‘leader’ dalam perlumbaan. Marc sentiasa membawa kejohanan ini ke satu tahap yang lebih baik setiap tahun. Semasa saya (Stoner), Rossi, Jorge dan Dani menjadi juara, kami sentiasa membawa MotoGP ke tahap baru setiap masa. Tapi tahun ni, tak nampak lagi pelumba yang konsisten.” ujar Casey Stoner, Juara Dunia 2 kali itu.
“Ianya bukan mudah. Saya sendiri melaluinya sewaktu di Ducati dulu. Namun sekarang, nampak Honda agak bergelut dengan ketiadaan MM. Tanpa Marquez, jelas Honda gagal membuktikan yang jentera mereka hebat. Tahun ini (pandemik Covid19) memang sukar. 2 perlumbaan di trek yang sama berturut-turut. Pastinya, siapa juara dunia tahun ini masih kabur” jelas Casey mengakhiran ulasannya.
Mungkin ada benarnya apa yang Stoner ni cakap. Tapi pada peminat, tahun ini memang menarik. Semuanya boleh jadi. Teruskan bersama kami. Keep on sharing guys!
#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #NextLevel #NoClass #possibility #opengame #CaseyStoner #CS27 #MarcMarquez #MM93 #RepsolHonda #Ducati
Comments
Post a Comment