- Get link
- X
- Other Apps
Pelumba dan Jentera MotoGP bersaing di litar dalam keadaan yang sangat ekstrem. Adakala hujan dan adakala panas namun berapakah suhu yang mereka perlu tempuhi?
Bahanapi jentera adalah salah satu elemen yang penting ketika perlumbaan. Ianya tidak boleh terlampau panas dan terlampau sejuk. Suhu purata bahanapi ketika perlumbaan adalah 10 darjah celsius, sangat sejuk jika anda ingin berenang didalamnya.. 😬
Suhu badan pelumba pula dalam lingkungan 37.5 darjah celsius, kalau letak cokelat cadburry, dah mula cair. Samaler anda cairkan hati min, chia3
Suhu air didalam radiator adalah dalam linkungan 80 darjah celsius, suhu yang sesuai untuk sauna.
Tayar antara bahagian yang paling kuat bekerja dan cepat haus, jika pelumba gagal menjaga keadaan tayar beliau didalam litar, jentera akan mudah tergelincir ketika mengambil selekoh. Suhu tayar ketika didalam litar adalah melebihi 100 darjah celsius, cukup panas untuk memasak air.
Brek hadapan adalah komponen yang paling kerap digunakan ketika ingin memperlahankan jentera, suhu brek hadapan adalah dalam lingkungan 200-600 darjah celsius, panas2. Boleh hangus kalau masak pizza.
Ekzos jentera selalu menjadi pendebatan antara pasukan, yang mana sesuai bagi kegunaan jentera dilitar, untuk top speed atau torque namun min suka bunyi ekzos MotoGP. Apapun suhu ekzos ketika perlumbaan adalah dalam lingkungan 700 darjah celcius dan keatas, cukup untuk mencairkan tin aluminium.
Kebuk pembakaran enjin berhadapan dengan suhu yang paling ekstrem iaitu dari 1800 darjah celcius dan keatas, ianya lebih panas dari suhu ketika space shuttle memasuki ruang udara bumi.
Itulah serba sedikit trivia berkenaan suhu ketika perlumbaan MotoGP. Teruskan menyokong kami, like, share dan komen.
Sumber : MotoGP.com
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TW #MGPM #MotoGPTrivia #MotoGP
Comments
Post a Comment