MotoGP Trivia

Dell'Orto merupakan pembekal rasmi unit ECU bagi kegunaan jentera Moto3 semenjak 2012. kali terakhir kontrak pembekalan ini disambung pada tahun 2017 dengan pengenalan ECU generasi baru DoPe 3.0 dan kontrak ini tamat pada penghujung tahun ini.

Hari ini FIM dan Dell'Orto telah menandatangani perjanjian penyambungan pembekalan ECU bagi kegunaan jentera Moto3 selama 5 tahun iaitu sehingga penghujung musim 2025.

Dell'Orto diasaskan di Itali seawal tahun 1993 bagi membekalkan sistem karburator dan bahanapi kepada motorsikal keluaran Moto Guzzi, Benelli, Piaggio, BMW, Ducati, Cagiva termasuk kereta keluaran Alfa Romeo, Ford, Lotus, Lancia dan lain-lain motorsikal serta kereta pada zaman tersebut.

Tahun demi tahun, syarikat Dell'Orto telah berkembang pesat seiring dengan permodenan enjin dan permintaan pasaran. Antara motorsikal moden yang menggunakan sistem suntikan bahanapi serta sistem pendikit elektronik adalah BMW S1000RR dan Aprilia RSV4.

ECU Dell'Orto DoPe 3.0 dilengkapi dengan beberapa fungsi seperti RPM limiter, IMU, electrical diagnosis, data logger dan lain-lain keperluan asas jentera Moto3. Beberapa fungsi dikunci oleh Dell'Orto agar memberi kesamaan kepada semua jentera yang bertanding.

#TwoWheels #TW #TWmedia #TWinfo #MGPM #Moto3 #Dellorto #DoPe3.0

 

Comments

Follow Us