Nakagami harapan Honda

Dengan kecedaraan 'Arm Pump' yang dialami Stefan Bradl ketika FP1 semalam, maka pelumba Honda yang akan beraksi pada perlumbaan ahad ini hanyalah Taka Nakagami dan Alex Marquez. Semalam, Alberto Puig telah membuat kenyataan berkenaan Alex dimana pada pendapat beliau, keupayaan Alex masih belum boleh dinilai buat masa sekarang kerana ianya masih singkat dan beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersama jentera Honda. 

Ketiadaan Marc Marquez, Carl Ctrutchlow dan Stefan Bradl untuk beraksi bersama Honda menyebabkan segala harapan kini terletak kepada pelumba Honda kelahiran Jepun, Taka Nakagami. Pada masa yang sama, LCR Honda juga sedang mencari pelumba gantian untuk saingan MotoGP di Barcelona kerana Carl masih belum pulih.

Semasa sesi media pasukan LCR Honda selepas FP2 semalam, beliau agak optimis untuk beraksi cemerlang hujung minggu ini. Beliau juga bersedia jika HRC memberi peluang kepada beliau untuk menggunakan RC213V 2020 pada baki pusingan MotoGP musim 2020. Bolehkah Nakagami memberi saingan di kelompok hadapan esok?

#TwoWheels #TWmedia #TWracing #TWinfo #MGPM #TN30 #LCRhonda #HRC #MotoGP

 

Comments

Follow Us