PYSRT dan PSRT di CatalanGP





Menjelang pusingan terakhir MotoGP bagi bulan September di litar Catalunya, pasukan PYSRT dan PSRT kembali bersemangat untuk memberi saingan hebat di litar pada hujung minggu ini.

Bagi Fabio, beliau agak gusar dengan laluan lurus panjang di litar ini kerana jentera Yamaha agak sukar untuk mendapat kelajuan maksima disini namun beliau berpendapat jika talaan yang betul dapat dibuat, beliau mampu menjejakkan diri ke podium seperti tahun lepas.

Berlainan pula dengan Franco, beliau ingin meneruskan semangat positif beliau dan mahu mengulangi kejayaan yang beliau kecapi di Misano ke litar Catalunya hujung minggu ini.

Sedikit kekecewaan buat Xavi Vierge pada pusingan sebelum ini kerana bergesel dan terjatuh ketika sedang bersaing untuk posisi podium. Beliau berharap agar kekecewaan ini dapat ditebus menjelang CatalanGP minggu ini.

Jake Dixon juga kembali ke litar ini untuk cuba menebus kekecewaan beliau di litar ini dimana beliau pernah dilanggar ketika berada di selekoh terakhir pada penghujung perlumbaan.

Litar Catalunya merupakan litar kegemaran John McPhee bagi saingan Moto3 kerana beliau sangat yakin untuk bersaing dengan kelompok hadapan seperti tahun lepas dan semenjak berpindah ke Andorra, litar ini juga diibaratkan sebagai kampung halaman beliau.

Barcelona boleh dikatakan sebagai kampung halaman kedua buat Khairul Idham Pawi dan pengalaman beliau di litar Catalunya amat tinggi. Banyak pengalaman pahit manis beliau disini dan beliau berharap dapat memperbaiki keputusan sebelum ini.

Berikut merupakan sedikit fakta pasukan di CatalanGP:

1. Litar Catalunya merupakan podium pertama buat pasukan PYSRT dan pelumba mereka, Fabio Quartararo pada saingan MotoGP musim lepas.

2. Fabio berjaya mendapat kedudukan pole yang kedua di Litar Catalunya.

3. Catalunya merupakan kampung halaman bagi pelumba Moto2 PSRT, Xavi Vierge.

#TwoWheels #TW #TWmedia #TWinfo #PSRT #PYSRT #MotoGP #Moto2 #Moto3 #FQ20 #FM21 #XV97 #JD96 #JM17 #KIP89

 

Comments

Follow Us