- Get link
- X
- Other Apps
Komponen ini merupakan hasil ciptaan teknikal pasukan Ducati. Pada awalnya, komponen ini ditentang hebat oleh pasukan MotoGP lain dan akhirnya menjadi komponen yang dibenarkan dalam kelengkapan jentera MotoGP.
Ducati mula menggunakan ‘swinglet’ atau ‘winglet’ ini pada tahun 2019 di GP Qatar dengan asas ciptaannya sebagai penyejuk tayar belakang. Namun KTM menyangkal tujuan itu. Ianya lebih kepada bantuan aerodinamik kepada jentera perlumbaan.
Dengan bantuan ‘swinglet’ ini, ketahanan lengan-ayun (swing-arm) jentera lumba semakin kuat dan memberi ‘downforce’ ketika memperlahankan dan mengimbangi jentera semasa membrek di halaju tinggi. Jikalau perasan, ekor jentera Ducati akan menjunam ke bawah ketika membrek dari halaju tinggi. Ini memberikan kelebihan dari segi cengkaman ketika memasuki selekoh laju.
Ciptaan ini telah menerima akreditasi homoglasi FIM dalam pembangunan jentera lumba. Ia banyak digunakan sekarang terutamanya dalam jentera berenjin V4.
Nampak macam kelakar kan? Ada fungsi besar rupanya. Tak sabar nak tunggu aksi Ducati hujung minggu ni. Teruskan bersama kami!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWtechnical #MotoGP #FIM #Ducati #KTM #V4 #swinglet #winglet #homologationrules #TechPack3
Comments
Post a Comment