- Get link
- X
- Other Apps
Kejohanan
MAM Speedweek yang dikelolakan oleh Kelab Sukan Bermotor BRAAAP (BRAAAP
Motorsports) akan memasuki pusingan yang ke tiga (Heat 3) pada 25 Oktober ini
di Litar Antarabangsa Go Kart Sepang. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui
bagaimana ianya bermula.
BRAAAP
Motorsports bermula dengan platform laman sosial pada tahun 2015. Didaftarkan
secara rasmi sebagai badan sukan melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dibawah
Akta Pembangunan Sukan 1997. Sebagai sebuan kelab sukan bermotor, pertubuhan
ini aktif menganjurkan acara ‘trackday’ di beberapa litar seluruh negara
termasuk Litar Pasir Gudang,Johor sebelum ianya ditutup untuk proses naik taraf
pada tahun 2017.
Berteraskan
komuniti khas kepada pemilik dan peminat jentera dua roda yang berkapasiti
400cc kebawah, misi utama gerakan ini adalah untuk memberi peluang kepada
golongan B40 untuk merasai pengalaman memacu jentera masing-masing didalam
litar secara selamat di tempat yang terkawal.
Dengan
komuniti yang makin berkembang sehingga melebihi 6000 penunggang dan peminat
sukan bermotor, BRAAAP Motorsports cuba menganjurkan perlumbaan pada tahun 2017 di beberapa litar kekal di
Semenanjung Malaysia. Kejohanan ini diberi nama BRAAAP Track Attack, bertujuan
untuk memberi peluang kepada pelumba dan pasukan individu berlumba di litar,
mencungkil bakat-bakat baru serta sebagai platform pelumba muda untuk pergi
lebih jauh didalam sukan permotoran.
Disamping
itu, para mekanik berskala kecil dan sederhana juga secara langsung berpeluang
meningkatkan kemahiran serta memperkembangkan peluang perniagaan dalam memberi
bantuan teknikal kepada para peserta yang terlibat dalam aktiviti sukan
bermotor anjuran BRAAAP Motorsports.
Sebanyak
240 penyertaan direkodkan bagi keseluruhan kejohanan yang berlangsung sebanyak
5 pusingan pada tahun 2019 dimana penyertaan teramai sebanyak 174 pelumba
dicatatkan pada pusingan akhir yang dilangsungkan di Lita Selatan, Litar
Antarabangsa Sepang (SIC).
Diantara
bakat-bakat baru yang dilahirkan melalui aktiviti sukan bermotor anjuran BRAAAP
Motorsports adalah Amirul Affiq Ahmad Solikhin yang kini sedang berlumba di
dalam kategori CP125 didalam kejohanan Malaysian Cub Prix dan Mohd Emy Nordin
di kategori MSBK 250 Kejohanan Malaysian Superbike Championship.
Tahun 2020
membuka lembaran baru buat BRAAAP Motorsports apabila dapat bekerjasama dengan
Motorsports Asssociation of Malaysia (MAM) dan sokongan dari Kementerian Belia
dan Sukan dalam menyediakan platform perlumbaan khas untuk pelumba yang baru
pertama kali berlumba secara sah sekaligus memberi nafas baru dalam pembangunan
sukan bermotor di peringkat akar umbi.
Objektif
utama Kejohanan MAM Speedweek adalah untuk menawarkan perlumbaan yang mampu
disertai kepada golongan sasar serta memberi pengalaman berlumba kepada
golongan amatur. Sebanyak lima pusingan MAM Speedweek Championship akan dianjurkan
pada tahun 2020 dengan menampilkan 6 kategori utama dibawah 390cc dan serta 2
kategori perlumbaan sokongan SIC MiniGP sebagai perlumbaan sokongan yang
diketuai oleh bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Ianya merupakan
kejohanan terulung di Malaysia yang menggabungkan perlumbaan kategori MiniGP,
Moped (Kapcai) dan ‘Sportbike’ dibawah 390cc.
Kerjasama
dan sokongan penajaan daripada sektor korporat seperti Tuneboss ECU Malaysia,
HIREV Lubricants, IRC Tires dan Budak Kimia, maka dapatlah Kejohanan MAM
Speedweek dianjurkan dengan yuran penyertaan yang minima dan tidak membebankan
peserta sekaligus membuka peluang kepada golongan sasar menyertai kejohanan
ini. Dua pusingan MAM Speedweek telah berlangsung di Litar Go-Kart Sepang dimana
pusingan ketiga akan berlangsung pada 25 Oktober 2020 depan.
Dengan peraturan
dan norma baru akibat dari penularan COVID-19 di seluruh dunia, peminat tidak
boleh datang untuk menonton dan memberi sokongan di litar namun kesemua
pusingan perlumbaan dibawa kepada anda secara langsung melalui laman facebook MAM
Speedweek. Untuk keterangan lanjut, anda boleh merujuk laman facebook rasmi
‘MAM Speedweek Championship’ dan ikuti hashtag rasmi #MestiBRAAAPLagi.
#TwoWheels
#TWmedia #TW #TWinfo #MSW #BraaapMotorsports #MAM #MiniGP #SIC #MestiBRAAAPLagi
Comments
Post a Comment