- Get link
- X
- Other Apps
Akhir-akhir ini banyak isu berkenaan tayar yang dibekalkan kepada pasukan lumba MotoGP. Valentino Rossi VR46 Official adalah salah satu pelumba yang menzahirkan keraguan beliau terhadap keupayaan tayar jenama itu. Jack Miller dan Andrea Dovizioso juga pernah mengomel berkenaan tayar berkenaan.
“Kadang-kadang ia berfungsi dengan baik. Bergantung juga dengan gaya tunggangan, prestasi pelumba dan ‘set-up’ jentera masing-masing. Adakalanya tayar itu ok dengan Yamaha tapi bukan pada jentera lain. Ianya bukan mudah, tapi itulah sukan perlumbaan”, komen Rossi dalam isu ini.
Walaupun dibekalkan dengan tayar yang lebih lembut dan tahan panas bagi bahagian belakang, keupayaan tayar berkenaan selalu menjadi isu. Namun begitu, semua telahan ini disangkal oleh Piero Taramasso, Pengarah Program Michelin MotoGP. Beliau menyatakan bahawa tayar yang dibekalkan Michelin adalah sangat sempurna dan tidak ‘cacat’. Baik dari segi pembuatan, simpanan dan ketika dihantar kepada pasukan.
Tambah Piero lagi, “Kami mempunyai mesin khas untuk memeriksa keadaan tayar. Kadar toleransi tayar adalah 0.6 mm dan jika ianya melebihi had, kami tukarkan kepada yang baru. Angin yang diisi juga hampir keseluruhannya Nitrogen, baru kami hantar kepada pasukan. Tekanan udara sangat penting bagi tayar baru ini. Beza 0.02 BAR sudah cukup menukar prestasinya.”
Beliau juga menolak dakwaan tayar ‘cacat’ dibekalkan bersama ketika perlumbaan. “Semuanya tentang strategi dan ketepatan tunggangan. Suhu 142°C adalah suhu ideal berlumba bagi tayar ini. Sekiranya pelumba hanya berjaya memanaskan tayar ini sehingga 135°C ia tidak akan berfungsi dengan baik atau terlebih panas kepada 155°C pula, tayar akan hilang cengkaman” ujar Taramasso lagi.
Susah juga nak kawal tayar Michelin ni ya. Banyak pula karenahnya. Semua perlu seimbang. Ketika memecut, masuk dan keluar selekoh malah kawalan jentera itu sendiri. Mahu tak pening rider. Apapun, semua ini menjadikannya lebih menarik kerana peluang sentiasa terbuka. Teruskan bersama kami!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWtechnical #MotoGP #Michelin #ValentinoRossi #VR46 #JackMiller #JM43 #AndreaDovizioso #AD04 #PieroTaramasso
Comments
Post a Comment