Tiada Pasukan SkyVR46 di MotoGP tahun hadapan.


Ada desas-desus menyatakan bahawa Valentino Rossi bakal menubuhkan pasukan MotoGPnya sendiri pada tahun hadapan bagi menambah seri saingan arus perdana itu. Namun, pasukan VR46 tidak akan naik ke kategori perdana walaupun mereka ingin mendapatkan tempat bagi adiknya Luca Marini LM97 Official untuk berlumba di kelas perdana.

Rossi akan cuba melobi tempat di Avintia Racing untuk adiknya. Ini kerana peraturan Dorna tidak akan menambah slot pasukan atau grid pelumba bagi kelas MotoGP.

“Untuk 2021 mungkin tidak. Tapi pada 2022, pasukan VR46 pasti akan beraksi di MotoGP” ujar Rossi. Apabila ditanya berkenaan pengambilalihan pasukan Avintia, Rossi menyangkal dakwaan tersebut namun mereka mungkin akan bersama pasukan satelit Suzuki pada 2022 nanti.

“Matlamat utama sekarang untuk mendapatkan tempat bagi Luca. Selepas itu kami akan merancang bagi langkah seterusnyha. Buat masa ini, kami sangat gembira dengan prestasi pasukan Moto2 dan Moto3” tambah beliau lagi.

“Saya amat berbesar hati sekiranya terpilih untuk ke arena MotoGP tapi saya tak pasti ada tempat lagi atau tidak, saya harap ada” ujar Luca Marini mencelah abangnya.

Nampaknya makin sengit posisi pelumba dalam MotoGP 2021. Adakah Luca bakal mewarnai MotoGP tahun depan? Jika ya, semakin bertambahlah pelumba dari Akademi VR46 seperti Franky dan Pecco. Saspen oiii..!!

#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #SkyVR46 #ValentinoRossi #VR46 #LucaMarini #LM97 #Avintia #Esponsorama #Ducati #Suzuki

 

Comments

Follow Us