Track Limit

Perlumbaan kini kebanyakannya timbul ketidak puasan hati kepada keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh 'steward' dalam hal 'over the track limit'. 

Kebanyakan hukuman penalti yang kita dapat lihat adalah posisi akhir akan diturunkan satu kedudukan jika mana-mana pelumba telah 'wide' atau memasuki kawasan hijau, menandakan dia telah keluar daripada kawasan litar. Keputusan yang dikenakan oleh steward nampaknya agak tidak konsisten dan ini mengundang kemarahan para pelumba. 

Para pelumba menuntut supaya selepas ini isu tersebut dapat ditangani dengan berhemah dan tidak lagi terjadi hukuman sesuka hati. Berikut merupakan beberapa komen dari pelumba MotoGP berkenaan hukuman ini.

"Saya tidak mengatakan mereka melakukan tugasan yang mudah namun saya hilang keyakinan kepada mereka". - Zarco

"Saya mempunyai banyak keraguan kepada barisan steward dan saya fikir kita boleh menambah baik apa yang terjadi." - Aleix Espargaro

"Kami kebanyakannya tidak berpuas hati dengan steward kerana hukuman yang diberikan tidak sekata." - Petrux.

#TwoWheels #TWmedia #TWracing #MGPM #motogp #FIM

 

Comments

Follow Us