- Get link
- X
- Other Apps
Sepanjang 18 siri saingan di 13 buah negara dan 4 benua, Dorna menggunakan lebih kurang 200 orang professional dalam bidang visual bagi memastikan kelancaran siaran langsung dan berita terkini dari setiap perlumbaan.
Sebanyak 20 unit kamera HD 4k yang digunakan pada setiap litar dan 95 unit kamera ‘on-board’ dipasang di jentera pada satu-satu masa.
Pelbagai teknologi yang digunakan dan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa bagi memenuhi kepuasan penonton dan dalam masa yang sama membantu setiap pasukan menyemak data yang mereka perolehi. Antara teknologi hebat yang digunakan adalah kamera 360° ‘gyroscopic’ yang pertama kali digunakan dalam MotoGP dilengkapkan pada jentera juara dunia, Valentino Rossi pada 2014.
Lawo, satu syarikat audio visual professional yang berpengkalan di Germany adalah satu entiti kerjasama teknologi utama dalam audio dan visual bersama Dorna Sport dalam membawakan siaran langsung MotoGP pada tahap dan kualiti yang terbaik bagi setiap perlumbaan.
MotoGP bukan saja satu platform pembangunan jentera lumba, malah ia juga menjadi salah satu cabang pembangunan teknologi visual dan audio dalam arena sukan permotoran dan siaran langsung siri perlumbaan dunia.
Jadi, mana pilihan kalian? Tonton siaran langsung di media atau menyaksikan sendiri perlumbaan secara langsung di litar? Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWtech #MotoGP #DornaSport #liverace #livecoverage #LawoGermany #LAWO #audioexpert #4kcamera
Comments
Post a Comment