Bukan sekadar ‘Safety Car’

Sebelum ini kami pernah membawakan kepada anda artikel berkenaan ‘safety car’ yang digunapakai dalam acara MotoGP sepanjang musim setiap tahun. Varian dari kereta pengeluar BMW dipilih menjadi kereta rasmi bagi tujuan tersebut. Dari model M3 sehingga yang terkini, M8, diberi kepercayaan oleh Dorna untuk menjalankan tugas tersebut.

Namun, ia bukan hanya sekadar ‘safety-car’. Carlos Ezpeleta, pemandu ‘Omega 1’ (nama bagi kereta 1 ‘Safety Car’) berkongsi pengalaman beliau sepanjang karier dia dalam arena kejuaraan MotoGP. Bukan 1 kereta yang digunakan tapi 2 unit ‘safety-car’ berfungsi dalam setiap perlumbaan!

DIberi nama Omega 1 dan Omega 2, kedua-dua ini mempunyai fungsi tersendiri. Omega 1 sentiasa dilihat dalam sesi ‘track sighting’ bagi memastikan kelancaran dan keselamatan trek sebelum perlumbaan dimulakan. Jika terdapat kemalangan, usai siap kerja pembersihan juga Omega 1 akan menjalankan tugas mereka. Kadang-kadang kita dapat lihat, Loris Capirossi yang memandu Omega 1 dalam membuat tinjauan dan pemeriksaan litar.

Omega 2 pula bertindak sebagai ‘Rapid Response Medical Team’. Dimana, seorang doktor rasmi, seorang pakar dan jururawat profesional untuk Kejuaraan MotoGP akan berada di dalam kereta tersebut sekiranya terdapat kemalangan teruk berlaku sewaktu perlumbaan. Mereka akan tiba dahulu ditempat kejadian untuk memberi rawatan kecemasan pertama sebelum ambulan atau ‘medi-copter’ tiba bagi membawa mangsa mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Ingatkan satu sahaja, rupa-rupanya ada dua dan masing-masing ada fungsinya. Hebat bukan? Namun, siapa dibelakang Omega 2? Nantikan artikel selanjutnya dan kami akan kongsikan kepada anda siapakah mereka. Teruskan bersama Two Wheels.

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWcare #TWinfo #safetycar #BMW #Omega1 #Omega2 #OfficialCar #OfficalMedic #MedicalResponseTeam

 

Comments

Follow Us