Dovi Pelumba Ujian Yamaha?

Naib juara 3 kali berturut-turut, Andrea Dovizioso akan berpisah dengan Pasukan Ducati selepas tamat musim ini. Perbincangan berkenaan kontraknya di Ducati dahulu memakan masa yang agak panjang namun akhirnya tidak menemui titik persamaan lalu beliau memutuskan untuk tidak terus bersama Ducati. 

Walaupun begitu, Dovi masih kuat untuk terus berada di lapangan MotoGP. Memandangkan ruang untuk menjadi pelumba utama pasukan-pasukan lain hampir semuanya tertutup, satu peluang lagi adalah dengan menjadi pelumba penguji.

Desas desus mengatakan pihaknya kini telah berjumpa dengan Yamaha untuk perbincangan lebih lanjut akan hal tersebut. Buat masa ini, pelumba penguji Yamaha ialah juara dunia 5 kali iaitu Jorge Lorenzo. Semestinya, Lorenzo merupakan pelumba yang mempunyai rekod sangat cemerlang ketika bersama Yamaha. Walaubagaimanapun perihal beliau akan terus bersama Yamaha belum dapat dipastikan.

Dovi pernah memacu jentera Yamaha pada Tahun 2012 ketika bersama Pasukan Tech3 selama setahun. Rekodnya agak baik kerana beliau berjaya menduduki tempat ke4 keseluruhan pada ketika itu. Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk serasi dengan jentera Yamaha setelah berpindah dari Honda. Tentunya Yamaha akan secocok dengannya jika beliau berjaya menjadi pelumba penguji nanti.

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#AD04 #Yamaha

 

Comments

Follow Us