Episod 2 : Kategori-Kategori Kejohanan MAM Speedweek


 

Sebelum ini kita sudah memperkenalkan MAM Speedweek dan BRAAAP Motorsport pada Episod 1 yang merangkumi perihal aktiviti sukan permotoran dan perlumbaan tempatan. Kini, Two Wheels ingin berkongsi pula berkenaan kategori perlumbaan yang dipertandingkan dalam Kejohanan MAM Speedweek.

Moped (MP) adalah kategori perlumbaan dalam segmen kapcai berkapasiti 150cc dan 180cc. Manakala Sportbike (SB) bersesaran rendah pula terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu yang pertama adalah motosikal 2 lejang (SB2T) dan 4 lejang berkapasiti 150cc (SB4T). Diikuti oleh SB250 bagi motosikal berkuasa 250cc dan di kumpulan terakhir adalah OMR 390cc (KTM RC390/ Duke390). Kesemua motosikal ini adalah dari produksi kilang untuk kegunaan jalanan (street-use motorcycle).

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa sampai 6 kategori utama dan 2 kategori sokongan dipertandingkan untuk kejohanan MAM Speedweek bukan? Ianya kembali kepada tujuan asal BRAAAP Motorsport yang ingin sukan bermotor ini mampu dinikmati oleh golongan marhaen. Motosikal dari segmen tersebut merupakan majoriti penggunaan terbesar dalam negara. Dalam masa yang sama, tujuannya juga adalah untuk menggalakkan pelumba baru beralih dari moped ke superbike dan mengasah bakat serta mencari bakat baru yang kompetetif untuk ke perlumbaan motosikal yang berkuasa lebih tinggi di kemudian hari

Tidak dilupa juga kepada pembangunan motosikal lumba bagi bengkel-bengkel tempatan menunjukkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta skill teknikal dalam semua kategori yg dipertandingkan terutamanya kategori MP180 yang membenarkan modifikasi moped sehingga 180cc manakala kategori-kategori lain modifikasi terhad mengikut spesifikasi produksi kilang. Kategori ini menjadi batu loncatan buat bengkel tempatan seperti KKMR, Adleez Motorsport, Alilmotorsport, Redspeed Motorsport, MRT Racing dan Marissa Speedworks bagi membuktikan keupayaan mereka dalam modifikasi jentera perlumbaan. Konsep perlumbaan Race For Fun ini juga mendapat penyertaan dari bengkel-bengkel kecil dan pelumba persendirian.

Perlumbaan ini bukanlah satu platform hentam kromo di mana tiada seliaan yang dilakukan. Setiap modifikasi akan diambil kira. Seperti contoh keupayaan enjin, saiz ‘throttle body’ dan karburator malah berat minimum jentera yang bertanding akan dikawalselia. Perubahan dari bentuk asas motosikal haruslah bersesuaian dengan berat minimum contohnya lampu hadapan yang di’buang’ atau ‘mudguard’ yang tidak dipasang. Ini memberi banyak kelebihan kepada semua yang terlibat dimana penjimatan kos dapat dilakukan. Tak perlu belanja banyak untuk berlumba dan sangat sesuai bagi mereka yang sukakan kelajuan dan berada dilandasan yang betul.

Untuk pengetahuan pembaca, dalam 8 kategori Kejohanan MSW ini, 2 daripadanya adalah perlumbaan sokongan bagi Kejuaraan SIC MiniGP. Kejuaraan SIC MiniGP diketuai oleh bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin .Di sini, beliau dipertanggungjawabkan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan menggilap mereka untuk menjadi pelumba pelapis negara pada masa hadapan. Seterusnya menjadikan MAM Speedweek sebagai salah satu platform golongan marhaen untuk membuktikan keupayaan dan bakat yang mereka miliki.

#TwoWheels #TW #TWmedia #TWinfo #BRAAAPmotorsports #MAMspeedweek #MestiBRAAAPLagi


Comments

Follow Us