- Get link
- X
- Other Apps
Episod ketiga bagi siri Kejohanan MAM Speedweek akan membincangkan perihal regulasi perlumbaan. Ianya lebih teknikal namun amat ringkas dan bermanfaat kepada pelumba atau pasukan yang akan menyertai kejohanan ini nanti.
Keseluruhan kategori ini terbuka kepada awam kecuali Keseluruhan ‘Top 10’ dalam Kejohanan MCP (Malaysian CubPrix) serta Keseluruhan Top 3 dalam Kejohanan MABK bagi tahun 2018 & 2019. Ini kerana ingin memberikan persaingan yang kompetitif kepada para pelumba persendirian akar umbi yang disasarkan bagi membuktikan kebolehan mereka di trek. Manakala had umur bagi kejuaraan ini pula dibuka kepada seawall 13 tahun dan ke atas.
Namun begitu, setiap peserta wajib mempunyai lesen perlumbaan yang dikeluarkan oleh MAM.
Yuran perlumbaan seminimum RM190.00 dikenakan pada setiap peserta dimana pendaftaran hanya boleh dilakukan secara online di laman web www.braaap.my dan ia ditutup 2 hari sebelum hari perlumbaan. Pendaftaran secara Walk In tidak dibenarkan.
Sebanyak 15 grid pelumba dihadkan bagi kelas OMR SB390, SB250 dan SB125 2T. Manakala bagi kelas yang lain pula, dijadkan sebanyak 20 grid pelumba mengikut spesifikasi keselamatan litar.
Seperti yang termaktub di dalam ‘National Competition Rules NCR’ yang dikeluarkan oleh MAM,Setiap pelumba perlu mematuhi kesemua undang-undang perlumbaan yang ditetapkan contohnya seperti ‘track limit’, unsafe behaviour serta jump start. Secara langsung dapat memberi pendedahan awal kepada para pelumba beginner sebelum mereka melangkah ke perlumbaan yang lebih berprestij.
Sedikit perkongsian teknikal tentang modifikasi yang dibenarkan pada jentera lumba antaranya adalah modifikasi ‘cylinder head’ bebas bagi semua kelas tetapi bagi OMR SB390 hanya modifikasi ‘port and polish’ sahaja yang dibenarkan. Untuk saiz valve, spring injap dan aci sesondol (camshaft) pula, semuanya adalah bebas penggunaanya kecuali injap titanium yang dilarang sama sekali. Untuk kelas OMR SB390, sebarang penukaran pada alatganti semuanya adalah tidak dibenarkan kecuali ‘slipper clutch’. semua kelas jentera wajib menggunakan ‘electric starter’.
Untuk pengetahuan, tayar berjenama IRC adalah official tire bagi Kejuaraan MAM Speedweek. untuk pusingan ke-3 dan seterusnya, hanya tayar rasmi, IRC IZ003 yang dibenarkan penggunaannya. Tayar berkategori ‘slick’ dan hujan, tidak dibenarkan sama sekali akan tetapi penggunaan pemanas tayar adalah dibenarkan.
Agak menarik kejohanan ini, Setiap pasukan persendirian dan dari bengkel tempatan, bebas melakukan modifikasi walaupun terdapat beberapa larangan yang diwartakan. Ini mampu membuktikan negara kita juga mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam pembangunan jentera lumba, walaupun berkapasiti rendah. Ini adalah peluang terbaik bagi semua lapisan untuk memulakan langkah dalam berkecimpung dalam sukan permotoran dua roda. Mana tahu, esok lusa boleh ke persada dunia. Semuanya bermula disini.
#TwoWheels #TW #TWmedia #TWinfo #MAMspeedweek #MestiBRAAAPLagi #BRAAAPmotorsports #MAM #SIC
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment