Hat-Trick yang Memalukan.

Ingatkan ‘hat-trick’ menang 3 kali berturut-turut. Rupanya jatuh dan DNF 3 kali berterusan.

Itu antara kecaman dan komen dari peminat Valentino Rossi di seluruh dunia. Kejadian memalukan pada detik awal perlumbaan minggu lepas benar-benar memberi impak kepada fans ‘susah-mati’ Rossi.

Rossi jatuh di selekoh pertama Litar Le Mans tempohari walaupun belum tamat satu pusingan perlumbaan dan membuatkan beliau terpaksa berhenti dari berlumba. Ini sangat mengecewakan bagi peminat dan detik gembira bagi ‘haters’ lagenda MotoGP berkenaan.

Ketika kecelakaan itu berlaku, ia juga hampir melibatkan rakan sepasukannya iaitu Maverick Vinales, Joan Mir dan Aleix Espargaro. Ketiga-tiga pelumba ini berjaya mengelakkan pertembungan dan Rossi gagal meneruskan perlumbaan tersebut.

“Saya sedih. Jatuh di selekoh pertama adalah perkara buruk. Saya bermula dengan baik. Saya masuk selekoh dengan perlahan tapi tiba-tiba terjatuh. Sebelum acara sebenar, prestasi saya dan jentera agak baik. Saya pun tak faham? Mungkin nasib saya buruk kali ini” keluh Valentino Rossi.

Memang ‘triple-threat’ Rossi bagi. Adakah dia bakal bangkit di Aragon hujung minggu ini? Sungguh saspen. Sama-sama kita nantikan!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #MotoGP #Yamaha #MonsterYamahaRT #ValentinoRossi #VR46 #unlucky #tripleshame #atok

 

Comments

Follow Us