- Get link
- X
- Other Apps
Mungkin ramai peminat kecewa ketika Jack Miller terpaksa ‘retire’ dari perlumbaan ketika saingan minggu lepas. Persembahan mantap oleh beliau dari awal perlumbaan sangat menggembirakan peminat Ducati. Namun, selepas 19 pusingan bertarung bagi mengekalkan posisi di kelompok teratas, Jack ‘dipaksa’ berhenti kerana masalah teknikal yang dihadapi jenteranya.
Kelihatan Miller mengamuk setibanya dia di pit pasukan lumbanya. Dibaling sarung tangan ke dinding kerana keberangan dan kekecewaan. Siapa tak sedih, dah mendahului, tiba-tiba terpaksa berhenti kerana masalah teknikal. Kecewa!
Namun, Jack dan Ducati tampil dengan penjelasan sebenar. Mereka sudahpun mengalami masalah pada enjin GP20-nya sewaktu sesi ‘warm-up’ dan hujan tiba-tiba turun ketika sesi berkenaan. Jenteranya itu sudahpun diubahsuai tetapannya kepada ‘wet-race’. Dan mereka mengambil keputusan untuk menggunakan jentera kedua bagi perlumbaan sebenar. Tapi nasib benar-benar tidak menyebelahi mereka, hujan kembali turun dan memaksa mereka menggunakan jentera yang mengalami masalah itu.
“Semuanya tiba-tiba. Memang motor pertama dah ada masalah. Kita dah tukar ke motor kedua. Hujan pula turun. Kami tiada masa yang cukup untuk talaan dan tetapan terkini untuk jentera itu bagi mengatasi masalahnya. Terpaksa juga gunakan. Hasilnya, kami gagal teruskan perlumbaan. Ini sangat mengecewakan,” keluh Jack.
Jack dan pasukan tetap positif. “Tunggu. Kita lihat apa akan berlaku di Aragon nanti” tambah Miller dengan yakin bagi pusingan seterusnya.
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #MotoGP #Ducati #JackMiller #JM43 #FrenchGP #GP20 #frustation
Comments
Post a Comment