- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Minggu ini adalah minggu finale bagi Kejuaraan WSBK dan menutup tirainya bagi musim 2020. Bagi pasukan MIE Honda RT pula, ini adalah suatu permulaan bagi musim hadapan.
Sebelum ini, pasukan MIE hanya mempertaruhkan seorang pelumba iaitu Takumi Takahashi. Namun, di saingan akhir ini, mereka akan memperkenalkan pelumba baru mereka yang bakal membuat penampilan sulung di pentas WSBK.
Eric Granado, pelumba kelahiran Brazil, akan turut serta bersama pasukan barunya itu pada perlumbaan hujung minggu ini. Namanya tidak asing bagi kejuaraan dunia. Juara Dunia CEV Moto2 Junior 2017 itu kini bakal menjadi pelumba pro bagi WSBK menjadikannya pelumba Brazil pertama sejak 2016 (Alex Barros) kembali ke persada WSBK.
“Saya tahu kejuaraan ini adalah suatu tahap yang tinggi buat saya. Saya belum ada apa-apa matlamat kerana saya masih baru. Namun saya akan cuba sebaik mungkin dan ini adalah cabaran terbesar dalam hidup saya setakat ini” ujar Granado. Bekas pelumba Moto3 dan juara MotoE 3 kali itu juga akan menggunakan jentera baru CBR1000RR-R-Fireblade SP.
Adakah dia mampu memberi saingan kepada pelumba-pelumba berpengalaman yang lain? Nantikan perlumbaan sulungnya hujung minggu ini di Estoril. Teruskan bersama Two Wheels!
#TW #TwoWheels #TWmedia #FIM #Motul #WSBK #MIEhondaRT #EricGranado #Estoril
Comments
Post a Comment