Mir Ada Peluang Besar Jadi Juara Dunia

Lagenda MotoGP dan bekas Juara Dunia GP500, Kevin Schwantz yang juga menggunakan jentera Suzuki sebelum ini menyatakan pendapatnya tentang Juan Mir yang sangat menyerlah baru-baru ini.

Beliau tertarik dengan sikap, kematangan dan prestasi yang ditunjukkan Mir dalam perlumbaan di kelas perdana itu.

“Kita ada pelumba veteran dalam kelas perdana sekarang, tapi gagal menunjukkan prestasi dan persembahan yang baik. Sepatutnya mereka lebih arif dan pakar dalam setiap litar yang ada dan sudah pastinya pengalaman lepas menjadi panduan, namun hakikatnya ia tidak sedemikian. Tambahan pula, tahun ini, perlumbaan berlangsung berturut-turut, sepatutnya pelumba berpengalaman mesti mampu untuk berjaya di pusingan seterusnya sebab ia di litar yang sama!” tegas Kevin meluahkan rasa.

“Kali ini saya nampak pelumba 36 (Mir) itu ada potensi besar. Setiap perlumbaan, dia makin hampir dengan podium kemenangan. Bukankah itu suatu prestasi yang konsisten? Budak-budak baru ni semuanya hebat! Dengan kematangan yang dia tunjukkan, saya rasa dia (Mir) mampu menjadi Juara Dunia (MotoGP) tahun ini”, tambah beliau lagi.

“Saya lihat Fabio sangat laju. Selepas Jerez dan ketiadaan Marc, dia sepatutnya menunjukkan prestasi dan kebolehannya dengan baik untuk kekal ditangga teratas, tapi dia gagal mengambil peluang itu” ujar Kevin sedikit kecewa menamatkan perbualan.

Nampaknya, kelibat Mir sentiasa diperhati bekas-bekas pelumba dan lagenda MotoGP rupanya. Mampukah Mir mengekalkan konsistensinya itu dan terus mengejar takhta Juara Dunia? Sama-sama kita nantikan hujung minggu ini.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #MotoGP #KevinSchwantz #KV34 #JuanMir #JM36 #Suzuki #SuzukiLegends #MotoGPLegends #LivingLegends #SuzukiChampions #GP500 #RGV500 #AmericanLegend

 

Comments

Follow Us