Pergerakan krew dan pelumba MotoGP

Umum ketahui perlumbaan MotoGP dijalankan dalam keadaan yang sangat ketat dan terkawal. Bukan mudah untuk terus melangsungkan kejohanan sukan dunia dalam keadaan pandemi covid19 yang belum terkawal sepenuhnya kini. Satu virus yang menggemparkan dunia akan bahayanya kepada seluruh manusia. Cara yang terbaik untuk mengekang penularannya adalah dengan tidak bercampur atau berkumpul secara berkumpulan secara beramai-ramai.

Dorna telah berjanji suasana di litar lumba akan dikawal dengan rapi di mana suhu setiap orang yang terlibat akan diperiksa dan dilaporkan sebanyak 3 kali sehari. Pergerakan juga diperketatkan sepanjang acara berlangsung bermula pada Hari Jumaat hingga Ahad.

Walaubagaimanapun, beberapa pelumba nampaknya terkena jangkitan covid19 ini dan menjadikan kejohanan dunia yang dikawal sangat rapi itu tidak berjaya mengelakkan seluruh individu yang terlibat, terlepas daripada jangkitan bahaya tersebut. Jorge Martin, Valentino Rossi dan Arbolino antara individu yang terlepas perlumbaan angkara covid19.

Badan permotoran dunia, IRTA semalam telah mengedarkan surat kepada semua pasukan berkenaan hal ini. Jelas sekali IRTA dan DORNA amat kecewa dengan sikap beberapa pelumba dan krew bertugas yang mana telah keluar kawasan selepas tamat perlumbaan. IRTA mengulangi bahawa mereka acap kali memberitahu kepada semua supaya jangan keluar daripada kepompong kawalan bagi mengelak jangkitan. Sikap tidak endah segelintir individu yang pulang ke rumah dan ada juga yang melancong, kini memakan diri. 

"Paddock di sini sangat terkawal dan mempunyai risiko paling rendah dalam jangkitan covid19. Risiko terbesar penularan ini ialah berpunca daripada beberapa individu yang telah tersentuh dan berjangkit ketika pulang ke rumah atau ke mana-mana"

"Kami juga dapati kini terdapat segelintir yang mula mengambil mudah akan keselamatan bersama dan mula tidak menjaga diri daripada terjangkit. Di televisyen kita boleh lihat ada yang menyambut kemenangan dengan tidak memakai penutup muka"

"Jika kita bersungguh-sungguh ingin teruskan kejohanan, harus tunjukkan contoh yang baik dan hormati keadaan semasa." - IRTA

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #MGPFCM #IRTA #Dorna #MotoGP #covid19

 

Comments

Follow Us