Permulaan Baru ke Kelas Perdana WSBK

Untuk musim 2019 dan 2020, Isaac Vinales berlumba bagi pasukan Kallio Racing di kelas WorldSSP. Beliau yang menggunakan jentera Yamaha R6 itu, beraksi agak cemerlang bersama pasukan itu. Prestasi itu dilihat oleh pasukan WSBK, ORELAC Kawasaki Racing.

Dengan prestasi baik itu, ORELAC Kawasaki kini menawarkan 1 lagi tempat kosong dalam pasukan mereka bagi musim 2021 kepada Isaac. Dengan tawaran ini, maka Isaac sudahpun berjaya menjejakkan kaki ke persada utama kejuaraan WorldSBK dalam tempoh 2 tahun.

“Saya sangat gembira menjadi ahli pasukan ORELAC Racing VenrNatura bagi musim 2021. Ini adalah langkah besar buat saya. Dengan kepercayaan yang mereka berikan ini, saya akan berusaha keras. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua!” ujar Isaac selepas menandatangani kontrak bersama pasukan terbarunya itu.

Isaac Vinales bakal bergandingan bersama Sheridan Morais di dalam pasukan ORELAC VerdNatura RT bagi musim 2021. Beliau juga bakal menggunakan jentera terbaru dari Kawasaki iaitu ZX-10RR. Adakah Isaac bakal bersinar di pentas WSBK tahun hadapan? Sama-sama kita nantikan. Teruskan bersama Two Wheels..!!

📸 : Crash.net

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #WSSP #WSBK #ORELACVerdNatura #musim2021 #IsaacVinales #IV32

 

Comments

Follow Us