- Get link
- X
- Other Apps
Khairul Idham Pawi, nama yang tidak asing lagi dalam dunia pemotoran 2 roda. Dilahirkan di Kampung Gajah, Perak pada 20 September 1998. Kali ini kami cerita sikit tentang ‘career highlights’ beliau sepanjang penglibatannya dalam sukan ini.
Pelumba kelahiran Perak itu membuat penampilan sulung di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior iaitu perlumbaan yang menggunakan jentera yang sama yang ditaja oleh Honda sebagai landasan untuk mencari bakat-bakat baru. Pada tahun 2012 ketika berusia 13 tahun, KIP telah menunjukkan bakatnya apabila berjaya mendominasi saingan dan bergelar juara keseluruhan.
Tahun berikutnya, KIP beralih ke kelas terbuka iaitu kategori Wira (perlumbaan khusus buat remaja berusia 13 hingga 17 tahun). Pada tahun yang sama juga Honda meletakkan remaja itu beraksi di dalam saingan Asia Dream Cup, perlumbaan satu pengeluar Honda yang dijalankan serentak bersama Kejuaraan Motosikal Asia FIM. Pada tahun 2014 Beliau menunjukkan prestasinya apabila dinobatkan sebagai juara yang ketiga dalam kategori perlumbaan yang melibatkan remaja seluruh Asia itu dan turut mendominasi saingan Wira apabila muncul sebagai juara keseluruhan pada tahun yang sama. Tahun 2015, Beliau melangkah lebih jauh apabila dipilih untuk membawa cabaran Honda Team Asia di Kejuaraan Moto3 CEV Championship dalam masa yang sama menghabiskan tahun tersebut di dalam Kejuaraan Cub Prix dalam kategori CP115.
Beliau membuat penampilan sulung di pentas Grand Prix sebagai pelumba ‘wildcard’ di Aragon yang di bawa masuk oleh Honda Team Asia dengan menunggang Honda. Ketika itu beliau Sedang hebat bersaing di Repsol CEV Moto3 dan atas pencapaian beliau disana, Honda membawa masuk sebagai pelumba ‘wildcard’. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-25.
Pada tahun 2016, KIP membuat debut sepenuh masa di Kejuaraan Dunia Moto3 dengan pasukan dan jentera yang sama bersama rakan pasukan Hiroki Ono dari Jepun. Beliau berjaya memenangi Grand Prix kedua musim itu di perlumbaan Argentina dalam keadaan litar basah. Ini adalah sejarah buat Malaysia kerana beliau adalah pelumba Malaysia pertama yang memenangi perlumbaan di kejuaraan Moto3 Grand Prix dunia.
Prestasi cemerlang beliau tidak terhenti begitu sahaja, Kemudian pada Grand Prix Jerman, beliau bermula dari tempat ke-20 di grid, tetapi setelah menjadikan dirinya sebagai pakar cuaca basah, beliau terus mendahului perlumbaan selepas hanya enam pusingan dan meninggal jauh pelumba lain untuk terus mengekalkan posisi beliau sehingga perlumbaan tamat. Ketika itu beliau meninggalkan lebih dari 11 saat dari Andrea Locatelli di tempat ke 2. Dengan kemenangan ini beliau melonjak naik ke tangga ke-10 di kedudukan keseluruhan pelumba.
Pada 2017, ini adalah satu perpindahan drastik apabila Honda Team Asia mengumumkan membawa KIP terus ke Moto2 selepas hanya setahun di Moto3 menggantikan Ratthapark Wilairot dengan kontrak 2 tahun. Ketika itu, KIP akan menemani Takaaki Nakagami dalam Idemitsu Honda Team Asia Moto2 yang sekarang adalah pelumba LCR MotoGP. Ini adalah tahun keduanya dalam perlumbaan motosikal Grand Prix setelah memecahkan rekod pelumba termuda bukan Eropah yang memenangi perlumbaan motosikal Grand Prix dunia.
Selepas itu, bermula pergelutan KIP. Prestasi beliau tidak begitu baik semasa tahun pertama beliau di Moto2, Semasa debutnya di Qatar, Pawi menduduki tempat yang ke-28. Ramai juga peminat yang mengkritik perpindahan beliau amatlah drastik dan masih kurang pengalaman. Pada musim pertama beliau hanya berjaya mendapat 10 mata dan berakhir di tempat ke 27 keseluruhan. Lebih malang tahun ke 2 nya di Moto2, beliau hanya dapat mengumpul 1 mata sahaja berakhir di tempat ke 30 keseluruhan.
Pada 2019, beliau berpindah pasukan SIC yang ketika itu adalah tahun kedua pasukan tersebut dalam kelas moto2. Musim ini Kip kurang bernasib baik apabila beliau megalami banyak kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk sehingga terpaksa berehat hampir 1 tahun.
Pada tahun 2020 KIP mengambil keputusan untuk turun kelas Moto3 semula. Pada tahun ini beliau nampaknya masih lagi bergelut kerana kecederaan yang menimpa beliau tahun lepas masih ada dan pada Ogos baru-baru ini beliau terpaksa membuat pembedahan membuang jari kelingkinnya. Sebelum ini beliau pernah berkata beliau sedikit selesa berlumba sekarang tanpa jari tersebut yang mana mengganggu beliau sebelum ini.
Kita doakan Semoga KIP dapat memberikan yang terbaik untuk perlumbaan seterusnya di Aragon GP. Beliau adalah pelumba terbaik yang kita ada pastinya kita tahu beliau mampu memberikan yang terbaik. Kita sebagai peminat mestilah menyokong 200% semua pelumba yang beraksi di pentas dunia. Beliau berkorban untuk mengharumkan nama negara. MALAYSIA BOLEH!
#Twowheels #twracing #twowheelsmedia #TW #MGPM #MGPFCM #kip #superkip #khairulidhampawi #kip89 #honda #hondateamasia #petronas
Comments
Post a Comment