Sangat Mengecewakan!

Pada pusingan yang lepas, kita dapat saksikan kemunculan pasukan Aprilia di kelompok 10 teratas. Namun, nasib tidak begitu menyebelahi mereka.

Pelumba bernombor 38, Bradley Smith meluahkan kekecewaannya.

“Saya dah buat yang terbaik. Tapi sistem elektronik ini betul-betul mengecawakan. Ia seolah-olah tidak mampu berinteraksi dengan saya. Seakan kadang-kadang tiada respon. Akibatnya saya ‘high-side’ semasa FP2 dan paling menyedihkan bila perlumbaan sebenar, saya cukup berhati-hati dan konsisten, namun akhirnya jatuh sebab respon yang teruk dari elektronik jentera. Menyedihkan!” keluh Bradley ketika ditanya.

Mungkinkah Aprilia memang benar-benar mengalami masalah elektronik pada jentera mereka? Apa yang pasti, kelibat pelumba Aprilia tempohari agak menceriakan peminat Aprilia khususnya di awal perlumbaan. Namun, ternyata mereka gagal lagi.

Teruskan bersama Two Wheels!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #MotoGP #ApriliaGresini #BradleySmith #BS38 #FrenchGP

 

Comments

Follow Us