Saya Terima Kritikan dan Kecaman Tapi…

Berikutan berita Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai SuperKIP tersingkir dari Pasukan Sprinta Racing Team dalam Moto3, mengundang reaksi hebat dikalangan peminat sukan permotoran tempatan. Kecaman demi kecaman dan kritikan buruk dilontarkan kepada Prinsipal Pasukan PSRT, Dato Razlan Razali namun tak kurang juga reaksi positif tentang berita itu.

“Kata pasukan tempatan, tapi tak ada pelumba tempatan?”

“Kami harap KBS berhenti memberi sokongan kepada SIC dan PSRT”

“Kenapa KIP dibuang? Tak patriotik langsung!”

“Lebihkan orang luar dari bakat tempatan. Apa benda PSRT ni?”

Itu antara soalan dan ketidakpuashatian netizen terhadap isu ini. Namun, Dato Razlan tidak mudah melenting atau terasa hati dengan semua itu. Malah dia juga tekun membaca semua kecaman dan kritikan yang diberikan kepadanya dan pasukan dibawah naungan beliau.

“Saya faham dengan kekecewaan semua tapi kita perlukan seorang pesaing yang kompetetif. Ianya bukanlah suatu keputusan yang mudah untuk kami buat dan ianya bukanlah keputusan dari saya sahaja. Ianya keputusan bersama. Saya berharap peminat bersabar” ujar beliau.

“Untuk membentuk seorang pelumba memerlukan masa. Sekarang pun ada anak tempatan yang sedang berlumba di pentas antarabangsa juga iaitu CEV (Adam Norrodin, Syarifuddin Azman dan Sharul Ezwan). Saya tak mahu terburu-buru membawa mereka masuk. Biarlah mereka betul-betul bersedia. Untuk memberi saingan dalam pentas Kejohanan Dunia bukanlah sesuatu yang mudah” tambah beliau lagi.

Ramai juga yang mempersoalkan tentang pengorbanan KIP ketika memotong sebahagian jarinya itu.

“Itu adalah keputusan bersama. PSRT memberikan dia peluang untuk perbaiki diri dan meningkatkan prestasinya, namun masih lagi tidak berjaya. Malah, sasaran kami buat KIP tidaklah terlalu tinggi iaitu berada dalam kelompok 15 dan 20 ke atas, tapi bukanlah tercorot. Kadang-kadang, perhatian yang diberi kepadanya (KIP) lebih dari McPhee tapi masih tetap gagal menyerlah. Takkan kita nak sentiasa dibelakang?” jawab Razlan menjernihkan persoalan.

“Dulu pasukan kita kecil. Sekarang kita antara nama besar dalam MotoGP. Semua pasukan ada. Semua giat perbaiki diri melalui pencapaian, namun ternyata, KIP masih bergelut. Sudah habis punca kami ingin membantunya, jadi kita membuat keputusan untuk tidak menyambung lagi kontrak dia” tambah beliau lagi dengan nada sedikit sedih dan kecewa.

Walaubagaimanapun, PSRT dan Dato Razlan berkata, sekiranya KIP berjaya menunjukkan peningkatan dalam baki 4 perlumbaan lagi, mungkin dia masih akan berpeluang untuk beraksi di pentas antarabangsa, paling tidak di Kejuaraan Eropah (CEV)

“Dia perlu lakukan sesuatu. Dia perlu buktikan” tambah Dato Razlan menamatkan dialog bersamanya.

Kami, sebagai peminat dan penyokong pelumba tanahair yang beraksi di persada dunia akan terus menyokong semua yang terlibat. Semoga ada sinar dihujung segala kesulitan yang dialami. Teruskan berusaha KIP, kami akan terus menyokong anda!

Teruskan bersama Two Wheels..!

Kredit Berita : Hmetro

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #MGPFCM #PSRT #DatoRazlanRazali #KhairulIdhamPawi #KIP #SuperKIP #localracer #wesupportlocal #MalaysiaKu

 

Comments

Follow Us