- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Mungkin ramai yang tidak mengenali atau tidak pernah melihat kelibat pelumba ini. Niki Tuuli, pelumba kelahiran Finland yang berusia 24 tahun ini juga pernah berkhidmat dengan pasukan Petronas Sprinta RT.
Pada ketika itu, PSRT dikenali sebagai SIC Racing Team sebelum dijenamakan semula dan juga ‘home team’ bagi pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Niki Tuuli menggalas tanggungjawab menggantikan Zulfahmi di kategori Moto2 dimana, tempat itu sepatutnya milik Hafizh Syahrin. Namun, rezeki Hafizh ketika itu sangat baik dimana dia ditawarkan tempat di pasukan MotoGP Monster Yamaha Tech 3.
Persembahan cemerlang Tuuli di arena WorldSSP menarik perhatian PSRT. Tempat yang ditawarkan itu segera diterima kerana impiannya untuk berada di kancah MotoGP menjadi kenyataan. Penampilan pertamanya adalah semasa pusingan ke 5 di GP Perancis.
Di awal perlumbaan, prestasi Niki agak baik namun nasib malang menimpanya kerana mengalami kemalangan ‘high-side’ ketika sesi kelayakan di Assen. Beliau mengalami kecederaan teruk di tangan kiri dan bahagian belakangnya. Kecederaan tangan kiri yang agak teruk itu mengakibatkan jari manis Tuuli terpaksa dipotong sepenuhnya.
Namun, ini tidak mematahkan semangat Niki untuk terus berlumba. Selepas kejadian itu, Niki kembali ke litar dan menamatkan musim 2018. Pancapaian terbaiknya selepas kemalangan itu adalah di tempat ke 15 sewaktu GP Thailand. Dia meneruskan karier di arena MotoGP dalam kelas MotoE bersama pasukan Ajo MotoE bermula dari tahun 2019. Kejuaraan MotoE 2020 juga sudah melabuhkan tirainya dan Niki menduduki tempat ke 6 keseluruhan kejuaraan tersebut dengan mengumpul 53 mata.
Tiada yang mustahil. Selagi ada kemahuan dan tekad, pasti akan ada jalannya dan bakal membuahkan hasil. Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada semua dan khususnya kepada pelumba tanahair kita, KIP untuk terus berusaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Bak kata Sam, ‘dimana ada jalan, disitu ada highway!’
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #TWthrowback #Moto2 #SICRT #PSRT #NikiTuuli #NT66 #ZulfahmiKhairuddin #ZK63 #HafizhSyahrin #HS55 #KhairulIdhamPawi #KIP99 #MotoE #AjoMotoE
Comments
Post a Comment