- Get link
- X
- Other Apps
Pelumba utama Yamaha, Maverick Vinales nampaknya agak kecewa dengan prestasi jenteranya terutama selepas perlumbaan di Aragon yang lalu. Kita dapat lihat betapa hebatnya jentera Suzuki di mana kedua-dua pelumbanya berjaya berada di podium namun Yamaha nampak agak bersusah payah bertarung di kedudukan hadapan.
"Ia agak mustahil dengan jentera yang kita ada sekarang, Suzuki berada di tahap yang berbeza. Kami tidak dapat melakukan apa-apa (untuk bersaing). Kami hanya mampu berdoa supaya jentera berada dalam keadaan baik di Valencia nanti, bermula dengan baik, berada di kedudukan pertama dan berharap agar tidak hilang posisi.
Saya akan memberikan apa yang perlu dengan sebaiknya kepada krew-krew di pit supaya mereka dapat menyediakan jentera dengan sebaiknya.
Kami tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk melawan Suzuki. Mereka mampu berada di selekoh dengan laju dan tidak tersasar. Maka kami tidak boleh melawan balik ketika 'full gas'. Kami memang mempunyai idea namun ia sangat sukar untuk meningkatkan prestasi jentera setelah mana kami tidak membaik dalam apa-apa pun setelah sesi ujian di Malaysia.
Jika jentera dapat bekerja dengan baik maka kami juga akan baik namun jika jentera bermasalah maka kami cuba untuk kekal dalam posisi yang sebaik mungkin.
Saya tidak berpuas hati dengan keputusan di Aragon namun gembira kerana berjaya tamatkan perlumbaan di hadapan Fabio." - Maverick Vinales
#TwoWheels #TWmedia #TW #MV12 #Yamaha #MotoGP
Comments
Post a Comment