Tahniah Lewis Hamilton

Tahniah kepada Lewis Hamilton yang berjaya menyamai Rekod Pelumba F1 lagenda, Michael Schumacher iaitu sebanyak 91 kemenangan selepas perlumbaan #EifelGP semalam. 

Helmet itu dihadiahkan daripada anak beliau sendiri, Mick Schumacher yang sekarang sedang bersaing di kejuaraan F2. Beliau nampaknya menghadiahkan helmet tersebut secara spontan kepada lewis yang ketika itu Lewis sedang dalam sesi temu ramah bersama wartawan. Lewis  sangat terharu dapat memegang dan memiliki helmet ikonik tersebut

Mick Schumacher juga mewarisi skill ayahnya dan sekarang menjadi salah satu title contender dalam kelas tersebut. Pada perlumbaan semalam, beliau membuat penampilan sulung dalam kelas F1 bersama Alfa Romeo Racing Team pada sesi FP1.

Tidak dinafikan Lewis Hamilton memang pelumba yang hebat dan dominan ketika ini. Walaupun Valteri Bottas rakan pasukannya yang memandu jentera yang sama, sukar untuk bersaing dengan Lewis berbanding rivalnya sebelum ini, Nico Rosberg.

Mick Schumacher pula yang dah 'diikat' oleh Ferrari adalah pelumba generasi yang akan datang yang hanya menunggu masa yang sesuai beraksi di kelas F1. 

#Twowheels #twracing #twowheelsmedia #fourwheels #f1 #lewishamilton #mickschumacher #schumacher #lh44 #F1

 

Comments

Follow Us