- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pelumba KTM, Brad Binder, memberikan sedikit pendapatnya selepas berjaya menghabiskan perlumbaan dalam hujan pertama kali buatnya dalam arena MotoGP.
Ini adalah pengalaman pertama buat Brad Binder untuk berlumba dalam keadaan hujan sepanjang kariernya dalam pasukan KTM bersama jentera GP RC16. Beliau langsung tidak menyangka bahawa siri tayar Michelin bagi litar basah itu terlalu kuat cengkamannya.
“Ketika permulaan, saya berlumba seperti biasa tapi daya cengkamannya terlalu kuat berbanding ketika saya menggunakan Dunlop semasa Moto2 dulu. Saya mengambil masa yang lama untuk kenalpasti keupayaan jentera bersama tayar itu. Akibatnya, saya agak jauh ketinggalan. Agak kecewa tapi sekurang-kurangnya saya berjaya habiskan perlumbaan. Saya akan ambil ini sebagai pelajaran dan sudah tahu apa perlu dibuat untuk saingan akan datang sewaktu hujan dan trek basah” ulas Brad Binder ketika menjawab persoalan tentang pengalamannya itu.
Memang tidak dinafikan, siri tayar dari Michelin untuk trek basah agak baik. Namun disebalik kebagusan itu, datang juga akibat yang buruk. Macam-macam hal juga tayar Michelin ni ya? Teruskan bersama Two Wheels!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWracing #MotoGP #BradBinder #BB33 #KTM #GP #RC16
Comments
Post a Comment