Teknologi “OnBoard Camera” dalam MotoGP

Sebelum ini ramai bertanyakan kepada kami tentang bagaimana kamera dan visual dari pelumba dapat dihidangkan kepada penonton secara langsung dalam setiap perlumbaan. Harini kami akan kongsikan dengan anda sedikit sebanyak tentangnya.

Dorna Sport merupakan badan yang bertanggungjawab melengkapkan jentera lumba dengan kamera. Sejak dari 1980an, mereka telah mengeluarkan jutaan dolar bagi pembangunan teknologi untuk memastikan segala visual yang diterima adalah ditahap paling memuaskan dan seterusnya dapat mensajikan visual terbaik buat penonton dan juga keselamatan serta undang-undang bagi badan sukan permotoran dunia dalam mengawalselia setiap perlumbaan yang dijalankan.

Kini, sudah 35 tahun teknologi ini digandingkan bersama MotoGP. Kamera di jentera perlumbaan mula diperkenalkan pada 1985 di GP Assen. Pelumba lagenda, Randy Mamola adalah pelumba pertama dalam sejarah MotoGP yang jenteranya dipasang dengan kelengkapan tersebut. Ketika itu, berat keseluruhan alatan adalah 1.3kg! Dimana, 715g adalah berat kamera dan 610g pula alat kawalan yang dipasang pada jentera tersebut. Yang menariknya, beliau memenangi perlumbaan tersebut walaupun dengan penambahan alatan pada jenteranya!

Sony, Apple, Canon dan Fujifilm antara nama besar terawal yang terlibat dalam pembangunan kamera untuk MotoGP. Sehingga kini, dengan pembangunan teknologi yang ada, berat setiap kamera yang dipasang pada jentera hanyalah 80g setiap satu. Dari kualiti SD ke HD, perbezaan berat semasa, semua ini antara tugas-tugas pasukan tekknologi visual dari Dorna dengan kerjasama dari pelbagai vendor. Terdapat sekurang-kurangnya 4 unit kamera yang dipasang dan 3 unit modul tambahan iaitu bateri, kotak data dan perakam siaran langsung pada setiap jentera yang beraksi.

Tahun ini adalah tahun akhir kerjasama diantara GoPro dengan MotoGP setelah kontrak 5 tahun bersama Dorna tamat. Masih belum ada sebarang berita baru samada GoPro akan meneruskan kerjasama terknologi kamera mereka bersama kejuaraan dunia tersebut. Sebab tu kalian selalu nampak papantanda iklan GoPro di beberapa lokasi perlumbaan kerana mereka adalah pembekal dan penaja rasmi bagi visual perlumbaan dalam arena MotoGP.

Memang mantaplah visual yang kita dapat lihat di kaca television dan gajet pintar yang kita guna ketika melayan perlumbaan MotoGP. Padanlah ‘clear’ je gambarnya semasa visual ‘onboard camera’ ditayangkan. Semua ini adalah demi kepuasan peminat dan penonton!

Teruskan bersama kami, Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWtech #TWhistory #teknologi #onboardcamera #MotoGP #GP500 #RandyMamola #Sony #Apple #Fuji #Canon #GoPro #DornaSport

 

Comments

Follow Us