- Get link
- X
- Other Apps
Sewaktu saingan minggu lepas di French GP, ‘wet race’ diumumkan sebelum kategori perdana MotoGP diteruskan. Ini kerana hujan lebat yang tiba-tiba turun sebelum perlumbaan bermula.
Maka bermulalah sesi penukaran tayar dan jentera dilakukan oleh setiap pasukan. Kita dapat lihat dominasi pelumba dari kem Ducati mendahului perlumbaan. Pada awalnya agak besar jurang masa yang dapat dilihat. Namun, lama kelamaan jurang tersebut semakin kecil.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Ini adalah yuran kesilapan pemilihan tayar bagi Andrea Dovizioso. Sepanjang 26 pusingan dia berjaya di 3 tempat teratas tapi akhirnya bergelut dengan kehilangan cengkaman tayar belakang dan hampir 10 kali hendak terbabas ketika pusingan akhir kerana masalah itu.
“Walaupun dapat mata, berada di kedudukan ke 4, tapi saya kecewa dengan pemilihan tayar. Pada awalnya, keadaan sangat bagus. Saya dapat mengekalkan momentum. Namun 10 pusingan terakhir, agak susah. Hujan semakin reda. Tayar semakin habis. Yalah, tak siapa tahu hujan lebat sehingga akhir perlumbaan atau tidak. Apapun saya gembira dan akan terus positif untuk saingan akan datang” ujar Dovi.
Untuk makluman, pelumba itu telah mengenakan pasangan tayar lembut (soft compound) bagi hadapan dan belakang. Nasib tidak menyebelahi beliau. Ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya redup di tengahari.
#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #Ducati #AndreaDovizioso #AD04 #wetrace #Michelin #FrenchGP #fightforworldchampion
Comments
Post a Comment