- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Seperti yang kita tahu semalam, nama beliau naik untuk menjadi pelumba gantian bagi Valentino Rossi untuk saingan minggu ini. Rossi masih dikatakan positif Covid19 dan akan menjalani sekali lagi ujian kesihatan hari ini bagi memastikan kondisi sebenar pelumba lagenda itu.
Nama beliau mungkinlah tidak gah mana malah tiada info berkenaanya di laman sesawang data popular, Wikipedia. Namun siapakah dia Garrett Gerloff ini? Pelumba berusia 25 tahun kelahiran Amerika Syarikat ini sebenarnya agak hebat juga.
Dia memulakan karier sebagai pelumba profesional setelah memenangi beberapa siri kejuaraan seperti WERA National Series dan Kejohanan Daytona Sportbike. Garrert bertapak di kejohanan MotoAmerica pada tahun 2015 dalam kelas Supersport dan berakhir di tempat ke 3 keseluruhan. Menjadi juara 2 kali dalam MotoAmerica pada usia 22 tahun menjadikan dia pilihan kepada pencungkil bakat antarabangsa.
Dengan kejayaan dia di kategori Supersport, dia berhijrah ke kategori Superbike MotoAmerica pada 2018. Kecemerlangan dan prestasi baik sepanjang dua tahun dalam kelas Superbike, membuka peluangnya ke arena yang lebih besar. Dia disunting Pasukan GRT Yamaha untuk beraksi di pentas WSBK. Dalam musim 2020, beliau juga sudah 3 kali podium dan ini memberikan lagi lebih alasan kenapa dia layak dipilih kem Yamaha untuk menggantikan Rossi pada hujung minggu ini.
Yang paling menarik tentang Gerloff adalah dia juga salah seorang jurulatih di Sekolah Perlumbaan Juara Yamaha yang bertapak di New Jersey. Akademi ini adalah penambahbaikan dari akademi asal yang diasaskan oleh lagenda MotoGP, Freddie Spencer.
Mampukah Garrert mengendalikan jentera MotoGP yang lebih hebat dari segi teknologi berbanding jentera jalanan yang dikendalinya dalam WSBK? Sama-sama kita saksikan. Teruskan bersama Two Wheels..!!
#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #WSBK #GarrertGerloff #ValentinoRossi #Yamaha #MonsterYamahaRT #GRTYamahaJrT
Comments
Post a Comment