Jentera Lumba Buatan Tangan Terbaik Dunia






Mungkin kita tidak pernah menyangka, New Zealand juga mempunyai pembuat motosikal tempatan sendiri. Bagi peminat motosikal yang ‘rare’, nama Syarikat Motosikal Britten mungkin tidak asing bagi mereka.

Di awal 1990, sebuah jentera lumba berjaya dihasilkan 100% buatan tangan. Britten V1000 nama diberi dan diilhamkan oleh John Britten, seorang jurutera mekanikal dan pelumba amatur. Hanya 10 buah unit Britten V1000 yang dihasilkan. Beliau pernah digelar ‘Jurutera Paling Inovatif Di Dunia’ oleh banyak media cetak antarabangsa ketika itu. Ini kerana kejayaan jentera yang dibina olehnya bersama beberapa rakan lain berjaya mencipta banyak sejarah.

Antara yang paling terkenal adalah ‘Juara Halaju Tertinggi Paling Cepat’ di perlumbaan Isle Of Man TT pada 1993 dan beberapa rekod dunia yang lain. Dinadikan oleh enjin 999cc V-kembar 4 silinder, ia mampu menghasilkan kuasa 166HP dan mencapai kelajuan maksima 303 km/j ketika itu. DIpadukan dengan suspense Ohlins, brek Brembo dan kotak gear 5 kelajuan, jentera ini merupakan yang terbaik pernah dibina dari asas.

Paling menarik tentang jentera ini adalah rekabentuk aerodinamiknya, sistem suspensi depan ‘double wishbone’, suspense belakang disemat pada badan enjin, rekabentuk cesi-nya dulu seperti cesi Ducati Desmosedici GP yang moden sekarang malah sistem penyejuk (radiator) terletak dibawah tempat duduk!

Beberapa pelumba yang pernah menunggang jentera ini berpendapat, ketika mereka menunggang Britten V1000 adalah seperti sedang mengendalikan sebuah jentera GP! Namun, Britten pernah mengalami berita sedih dimana ketika perlumbaan TT Isle of Man pada 1993, pelumba mereka Mark Farmer mengalami kemalangan dan mati di tempat kejadian.

Siapa sangka, pelumba amatur itu berjaya menghasilkan sebuah jentera lumba buatan tangan paling hebat dalam sejarah. Memang hebat lah sampai motosikal pada era berkenaan diberi gambaran serupa seperti sebuah jentera GP moden zaman sekarang. DImana ada kemahuan, disitu ada jalan. Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgreatest #TWhistory #handmade #Britten #V1000 #NewZealand #BrittenMotorcycleCompany #NothingIsImposibble #rare #legends

 

Comments

Follow Us