Joan Mir Sentiasa Tenang?

Di ambil daripada Instagram MotoGP, Ketika sesi press conference bersama pemenang dan podium EuropaGP semalam, Joan Mir yang memenangi perlumbaan berkata beliau kini tiada rasa tekanan untuk juara dunia. Bagi beliau, jika berjaya, beliau sangat gembira dan jika tidak, beliau pun gembira dalam masa yang sama mencari penyelesaian untuk memperbaiki diri sendiri kerana ini adalah satu pekerjaan.

Apa yang menariknya adalah beliau merasakan yang lebih tertekan sekarang ini adalah orang-orang yang sedang memikirkan bayaran sewa yang perlu dibayar dan ada yang tidak dapat membawa pulang makanan untuk di makan akibat pandemik Covid19 sekarang. Ramai pengikut-pengikut MotoGP memuji Mir dengan menyatakan beliau sangat matang dan melihat gambaran yang lebih besar melanda dunia sekarang.

Kita juga boleh lihat Joan Mir adalah seorang yang tenang bukan diluar trek sahaja, malah ketika perlumbaan juga, ketenangan Mir adalah kunci utama beliau mampu menjaga pace dan penggunaan tayar sehingga garisan penamat. Beliau telah menggunakan 'ketenangannya' menjadi sebuah 'tenaga' beliau untuk terus kekal bertahan di setiap pusingan.

Ada peminat Mir? setuju tak mir ni jenis cool?

#TwoWeels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾#joanmir #jm36 #suzuki #MotoGP

 

Comments

Follow Us