Joe Roberts Menolak Pinangan Aprilia

Terkini, Joe Roberts telah menolak tawaran pasukan Aprilia Gresini untuk slot pada musim 2021. Ini disahkan oleh pengurusnya, Eitan Butbul. Namun, pengurus beliau berpendapat, ia adalah satu kesilapan dari Joe kerana menolak tawaran berkenaan.

“Semuanya sudah diperingkat akhir untuk menandatangai perjanjian tapi tiba-tiba dia menarik diri” jelas pengurusnya itu.

Ura-ura menyatakan Joe meminta pandangan dan pendapat ‘senior’ di kelas MotoGP ketika pusingan di Portimao lepas berkenaan tawaran itu. Namun, kebanyakkannya menasihati Joe agar kekal di Moto2. Antara pelumba yang tegas menasihati JR adalah Andrea Dovizioso. Mungkin alasan yang sama diberikan kepada Joe mengapa dia tidak menerima tawaran Aprilia.

Jelas, tindakan Joe Roberts ini mengecewakan pasukan beliau sendiri. Rata-rata mereka ingin bekerjasama dengan Aprilia dan naik ke arena perdana musim hadapan. Apa yang berlaku sebenarnya di kem Aprilia? Adakah ianya menjadi tempat ‘buangan’ pelumba? Teruskan bersama Two Wheels!

#TW #TwoWheels #TWmedia #MotoGP #Moto2 #JoeRoberts #JR16 #AndreaDovizioso #AD04 #ApriliaGresini


 

Comments

Follow Us