- Get link
- X
- Other Apps
Jonathan Rea, juara dunia world superbike 6 kali mendedikasikan kejayaannya kepada isteri dan anak-anak. Ini kerana mereka merupakan pembakar semangat utama dan penyokong setia beliau pada setiap masa.
Ketika berada di rumah, isterinyalah doktor nutrisi. Segala keperluan makanan kesihatan disediakan pada waktu yang betul dengan cara yang terbaik. Begitu juga dengan kelengkapan pakaiannya yang mana isterinyalah yang telah bertungkus lumus membasuh dan menyiapkan apa yang patut sebelum Rea berangkat ke litar. Anak-anak kesayangan pula peneman setia ketika berada di gimnasium dan juga di jalanan ketika rutin latihan dilakukan.
Mengenangkan kembali pengorbanan ahli keluarganya tersebut membuatkan dirinya lebih kuat untuk berusaha dan tidak mudah mengalah. Beliau tidak mahu mengecewakan hati dan harapan mereka setelah mana dicurahkan sepenuhnya semata-mata mahu melihat beliau berjaya dalam kariernya.
"Menjadi seorang ibu dalam membesarkan anak-anak merupakan satu tugas yang berat. Ketika isteri saya menghadapi kesukaran sementara saya ada bersama, saya hanya sempat membantunya buat seketika waktu. Namun ketika saya bekerja dan kami berpisah beribu batu, pasti saya tidak dapat menolongnya. Jika di litar saya bekerjasama dengan pasukan, maka di rumah juga sama kerana keluarga saya ialah sebahagian daripada pasukan saya." - Jonathan Rea.
#TwoWheels #TWmedia #TW #JonathanRea
Comments
Post a Comment