MotoGP Musim 2020




MotoGP musim 2020 menutup tirai secara rasmi semalam dan buat julung kalinya ianya diakhiri di Litar Portimao, Portugal.

Dengan 9 pemenang berlainan didalam kelas MotoGP, saingan kejuaraan musim 2020 agak sengit. Ramai berpendapat dengan ketiadaan Marc Marquez, saingan kejuaraan agak menarik dan pelumba ibarat mendapat nafas baru apabila bersaing sesama sendiri. 

Diawal saingan musim 2020, pelumba PSRT Fabio Quartararo tampak gah untuk menjulang piala kejuaraan namun makin tenggelam setelah mula bergelut dengan jentera Yamaha. Franky Morbidelli menjadi penyelamat khemah Yamaha apabila terus menerus menghasilkan keputusan yang amat positif. 

Siapa sangka kejuaraan MotoGP musim 2020 menjadi milik Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar, sebuah pasukan yang dipandang sendu sebelum ini. Sememangnya Suzuki amat cemerlang pada musim ini. Tidak ketinggalan pasukan KTM yang makin menyerlah dan berjaya memenangi 3 perlumbaan musim ini.

Semalam, Enea Bastianini dan Albert Arenas masing-masing dinobatkan sebagai juara Moto2 dan Moto3 bagi musim ini. Untuk musim depan, Bastianini akan berpindah ke kelas MotoGP dan Arenas pula ke kelas Moto2.

Dengan 6 jentera di atas grid, Ducati berjaya merangkul takhta juara pengeluar jentera MotoGP musim 2020.

Berbalik kepada pelumba negara di kejuaraan MotoGP, Hafizh Syahrin bergelut dengan prestasi beliau disebabkan kecederaan yang beliau alami. Seperti yang kita sedia maklum, Hafizh akan kembali pada saingan musim 2021 didalam saingan Moto2 bersama pasukan RW Racing. Kasma Daniel terus berusaha untuk menyesuaikan diri dengan jentera beliau dan akan kembali di saingan Moto2 musim hadapan, kekal dengan pasukan Onexox TKKR SAG Team (kontrak beliau adalah selama 3 tahun). Khairul Idham Pawi menamatkan saingan Moto3 musim 2020 tanpa sebarang pungutan mata, kecederaan yang beliau alami agak mengganggu prestasi beliau. Setakat ini KIP belum mendapat sebarang tempat untuk saingan musim depan.

📷 MotoGP.com

#TwoWheels #TW #TWmedia #TWinfo #MotoGP #Dorna #2020

 

Comments

Follow Us