- Get link
- X
- Other Apps
Bermula pada 2022, kesemua litar yang menjadi lokasi perlumbaan bagi MotoGP dan F1, diwajibkan menggunakan panel LED di seluruh litar bagi menggantikan kaedah papan tanda konvensional sebelum ini.
Seiring dengan kemajuan teknologi, panel LED itu akan memberi lebih info kepada pelumba khususnya. Ia akan membantu para marshal trek, pegawai dan pasukan lumba dalam menguruskan pelumba dengan lebih baik. Ini bermakna, panel tersebut akan memberikan info terkini tentang keadaan perlumbaan, perubahan cuaca, kibaran bendera amaran dan juga info berkenaan kenderaan keselematan trek yang meninjau keadaan litar.
Ini adalah usahasama dia antara FIA dan FIM bagi memastikan trek kelas A di seluruh dunia seragam dan mencapai tahap keselamatan yang optimum. Kesemua trek wajib memastikan panel LED ini dipasang termasuk trek gred B dan yang terakhir gred C pada 2024.
Nampaknya semakin digital perlumbaan sekarang. Pastinya perubahan ini bakal membantu para pelumba dalam sukan permotoran. Meriahlah jadinya di tepian litar selepas ini dengan lampu warna warni. Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #FIA #FIM #F1 #MotoGP #homologationrules #homologated #AGradeTrack #BGradeTrack #CGradeTrack #season2022
Comments
Post a Comment