- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Mesti kalian pernah nampak semasa siaran langsung berjalan:
“Mapping 2”
“Back to box”
Dan beberapa lagi notifikasi yang sentiasa dipaparkan untuk maklumat penonton dan lebih-lebih lagi kepada pelumba itu sendiri. Ini adalah ‘virtual pit board’ bagi papan konvensional yang sentiasa dipaparkan di tepi litar oleh pasukan masing-masing.
Makluman berkenaan juga dipaparkan pada ‘dashboard’ setiap pelumba. Undang-undang berkenaan paparan ini diluluskan oleh badan pengelola sukan permotoran antarabangsa, FIM dari 2017 lagi. Ianya menjadi suatu peralatan wajib bagi jentera MotoGP bermula dari 2018 dan tahun berikutnya pula bagi setiap jentera Moto2.
Sebelum in, hanya nyalaan LED indikasi amaran yang ada pada panel jentera, namun selepas itu, pesanan ringkas teks mula digunakan bagi makluman kepada pelumba. Antara teks amaran atau notifikasi yang dipaparkan pada panel ‘dashboard’ berkenaan adalah:
1. Keadaan litar terkini: ‘black flag’, ‘red flag’ dan beberapa ‘flag’ yang lain.
2. Tetapan jentera: ‘Mapping 2’, ‘Mapping 3’, dan lain-lain lagi.
3. Keadaan cuaca: ‘BoxCall’, ‘Bike Change’ untuk kembali ke pit bagi menukar jentera.
4. Tayar: ‘BoxCall’, ‘Tyre Change’
5. Keadaan semasa petrol jentera, ‘lap time’
Semua ini adalah untuk kemudahan pelumba tapi kadang-kadang pun terlepas juga. Bagaimanapun, ini adalah salah satu inovasi yang membantu pasukan dalam berhubung secara langsung dengan pelumba. Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWtech #MagentiMarelli #COBO #FIM #MotoGP #Moto2
Comments
Post a Comment