Penaja Rasmi Terbesar Sistem Ekzos

Akrapovic adalah 1 nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan permotoran. Baik di sukan permotoran 2 roda mahupun 4 roda, ekzos Akrapovic sangat menjadi perhatian. Begitu juga buat pengguna awam, pemilik motosikal berkuasa tinggi juga sangat meminati model ini.

Sudah hampir 3 dekad, Akrapovic bersama kejuaraan dunia. Kerjasama dengan 50 pasukan lumba dan lebih dari 150 kemenangan yang diraih, ini membuktikan keunggulan prestasi dan kualiti jenama berkenaan. Kemenangan terkini mereka adalah bersama Juara Dunia MotoGP 2020, Joan Mir bersama pasukan Suzuki Ecstar.

DI persada MotoGP, Akrapovic merupakan panaja rasmi dan pilihan banyak pasukan perlumbaan. Di MotoGP sahaja, hampir keseluruhan pasukan menggunakan sistem ini kecuali pasukan Honda.

Di kategori Moto2 pula antara pengguna sistem ekzos perlumbaan Akrapovic adalah pasukan Aspar, KTM Ajo, Sky VR46 dan beberapa pasukan lain.

Lebih menarik, pasukan penyelidikan dan pembangunan sistem ekzos perlumbaan Akrapovic hanya dianggotai seramai 10 orang pakar. Mereka akan sentiasa bersama semua pasukan perlumbaan bagi menganalisa data dan menambahbaik produk mereka.

Kalian pula bagaimana? Jangan la cakap beli ekzos Aklapobik China pula ye. Pastikan original supaya prestasi jentera kalian ditahap optimum. Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #OfficialSponsor #Akrapovic #Ducati #Yamaha #Suzuki #KTM #MotoGP #Moto2 #Moto3 #racingexhaust

 

Comments

Follow Us