- Get link
- X
- Other Apps
Faktor cuaca memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap perlumbaan. Ini kerana setiap pasukan perlu memastikan tetapan dan talaan yang tepat bagi setiap jentera untuk kegunaan para pelumba. Adakah hujan mempengaruhi setiap perlumbaan? Jawapannya tidak! Namun ia tetap bergantung kepada beberapa situasi.
Hari ini Kami akan kongsikan beberapa info tentang persediaan pasukan dan jentera sekiranya perlumbaan litar basah diteruskan.
Sekiranya jadual jangkaan cuaca keluar pada minggu berkenaan menyatakan cuaca tidak menentu atau hujan, setiap pasukan akan menyiapkan 2 jentera berasingan bagi kondisi litar kering dan basah. Mereka juga akan menetapkan pilihan tayar yang sesuai bagi setiap situasi.
Gantian tetapan jentera yang akan berlaku adalah:
1. Tayar
2. Brek
3. Penyerap hentak
4. Spring
5. Mengimbangkan semula jentera
6. Tetapan elektronik jentera.
Dan sekiranya tetapan ini perlu dilakukan semasa perlumbaan berlangsung dan tiba-tiba hujan turun, semua ini ditukar dalam masa 5 minit!
Tayar
Kebiasaannya tayar kering dan basah menggunakan kompaun yang sama. Namun ketika litar basah dan hujan, tayar ‘slick’ berbunga asimetri akan digunakan bagi memberi cengkaman ketika jentera masuk dan keluar selekoh.
Brek
Kini, setiap pelumba boleh mengekalkan cakera brek gentian karbon yang sedang digunakan namun, pad brek perlu ditukar kerana keadaan cuaca dan faktor kebasahan yang ada bagi memastikan cengkaman pada brek.
Pada kebiasaanya, perlumbaan hanya akan ditunda buat seketika, namun, pernah juga berlaku dimana perlumbaan tersebut dibatalkan serta merta kerana faktor cuaca ekstrim contohnya seperti yang berlaku di GP British dulu.
Apabila bendera putih dikibarkan, pelumba dibenarkan masuk ke pit bagi menukar jentera. Ini menunjukkan bahawa perlumbaan biasa (kering) ditukar arah kepada perlumbaan litar basah. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya selepas itu trek kembali kering, pelumba dibenarkan untuk menukar ke jentera sebelumnya.
Sekiranya berlaku penggantungan perlumbaan akibat kecelakaan, pegawai bertugas boleh membuat keputusan untuk memulakan saingan kembali di grid dengan mengikut posisi semasa sebelum perlumbaan dihentikan. Pada kebiasaanya, situasi ini bakal memberikan kelebihan dan kekurangan buat setiap pelumba.
Jadi, krew pasukan sangatlah penting dalam setiap acara perlumbaan. Tak siapa yang nak kalah dan sudah pastinya semua ingin mengecap kejayaan. Komunikasi antara pelumba dan ketua mekanik sangat kritikal. Disini lah mereka mampu merubah tetapan jentera untuk berada di prestasi optimum.
Rupanya bukan mudah walau menjadi krew. Kena sentiasa bersedia. Beruntung mereka yang dapat jadi krew teknikal pasukan lumba ni. Min tengok dari tepi je jadi laaa. Teruskan bersama Two Wheels..!
#TW #TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWtech #MotoGP #dryrace #wetrace #racedirection #raceflags #boxcall
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment