Saya akan berehat dan menanti musim 2022

Mungkin ada yang tidak tahu, Dovi memulakan langkah pertamanya dalam arena perdana MotoGP adalah bersama pasukan Honda HRC. Naib juara MotoGP 3 kali, Andrea Dovizioso  berkemungkinan besar tidak akan menerima apa-apa tawaran yang diberikan kepadanya baik sebagai pelumba ujian mahupun pelumba bagi mana-mana pasukan untuk musim hadapan.

Jelas kekecewaan yang ditunjukkan oleh Dovi akibat penyingkirannya dari kem Ducati pada musim hadapan. Sejak dari berita dia keluar dari Ducati, banyak tawaran yang diberikan kepada Dovi. Antaranya menjadi pelumba ujian bagi KTM bersama-sama Dani Pedrosa. Kemudian dikhabarkan dia akan bersama Aprilia menggantikan Iannone sebagai pelumba gantian musim hadapan sekiranya Ian gagal dalam perbicaraannya Disember nanti. Aprilia memberitahu bahawa Dovi menuntut gaji yang tinggi malah pegangan saham dalam pasukan Aprilia. Namun, pemilik Aprilia, Piaggio masih tidak mahu berbincang berkenaannya.

Dovi juga turut dikhabarkan menerima tawaran dari Yamaha dan Honda sebagai pelumba ujian. Namun, semua itu disangkalkan Dovi. Dia mahu berhenti berlumba pada musim hadapan dan berharap akan ada sinar buatnya pada musim 2022. Dia menolak sebarang tawaran yang diterimanya.

“Saya penat. Penat melayan karenah politilk dalaman (Ducati). Beri masa untuk saya berfikir dan merancang bagi masa depan saya” ujar Dovi menamatkan perbualan.

Selamat tinggal Dovi. Semoga beliau berjaya mendapat tempat sewajarnya dan jika tidak, mungkin langkah untuk berehat tu terbaik buat dia. Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TwoWheels #TWmedia #AndreaDovizioso #AD04 #Ducati #Honda

 

Comments

Follow Us