TAHNIAH BRAD BINDER 33..

Pelumba dari Afrika Selatan ini telah berjaya merangkul anugerah Rookie of The Year 2020 untuk kategori kelas perdana. Beliau bersama Pasukan KTM dan bergandingan dengan pelumba senior iaitu Pol Espargaro.

Permulaan beliau di kelas perdana telah mencetuskan sedikit kontroversi. Ia berikutan kedudukannya di pasukan utama KTM itu telah dipersoalkan oleh rakannya iaitu Miguel Oliveira yang telah berada di kem KTM setahun sebelumnya. Miguel dikekalkan di pasukan satelit KTM iaitu Tech3. Beliau merasakan bahawa dirinya jauh lebih layak untuk mendapat layanan utama tetapi secara tidak diduga, pendatang baru iaitu Brad Binder pula yang dipilih. Untuk menenangkan keadaan ini, bos besar KTM, Pit Beirer berjanji akan memberi layanan dan bantuan yang sama rata kepada semua 4 pelumba mereka.

Penampilan Brad di tahun pertama tidaklah teruk di mana beliau telah berjaya memenangi satu perlumbaan iaitu di Republic Czech. Ia langsung tidak diduga dan telah mengejutkan ramai pihak. Selepas itu kehadirannya telah mendapat tumpuan terutama pihak media. Namun begitu beliau telah tidak berjaya menamatkan perlumbaan sebanyak 4 kali. Ia rekod yang agak menyedihkan. Walaupun begitu, beliau akhirnya berjaya mengumpul 87 mata dan mendahului kedudukan Rookies tahun ini di hadapan Alex Marquez dan Iker Lecuona.

Tahniah Brad..!!! Semoga tahun hadapan pencapaian lebih baik.

Syabas..!!!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾 #BB33 #ROTY2020 #KTM #MotoGP

 

Comments

Follow Us