- Get link
- X
- Other Apps
AZROY TERPANTAS SESI KELAYAKAN CP150
Musim 2020 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akhirnya bersambung dengan empat pusingan dianjurkan berturut-turut selama enam hari di Litar Utara, Litar Sepang minggu ini. Pusingan 5 dan 6 akan berlangsung dari 18hb sehingga 20hb Disember.
100 mata kejuaraan menjadi buruan minggu ini. Dalam kategori perdana CP150, Azroy Hakeem Anuar menjadi tumpuan sebagai pendahulu CP150. Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing itu belum pernah gagal menamatkan perlumbaan di kedudukan podium selama empat pusingan pertama pertengahan tahun lalu.
Dalam sesi kelayakan CP150, rentak dominasi Azroy ternyata tidak terjejas dalam peringkat masa PKPB apabila pelumba Honda tersebut berjaya mencatat masa terpantas 1’17.573s. Namun, kedudukan petak pertama di perlumbaan pusingan lima, belum lagi menjadi milik Azroy. Posisi grid CP150 Akhir hanya akan ditentukan selepas sesi Super Pole yang bakal disertai oleh 10 pelumba terpantas sesi kelayakan.
Catatan masa Azroy disusuli Mohd Ramdan Rosli dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. Seperti Azroy, Ramdan berjaya mencatat masa di bawah 1’18 saat, 1’17.767s. Masa ketiga terpantas dirakam oleh pelumba IPONE Yamaha YY Pang Racing Team Mohd Izzat Zaidi dengan 1’18.244s.
Jadual perlumbaan baharu terpaksa digubal untuk menyesuai situasi unik ini di mana keputusan sesi kelayakan untuk semua kelas perlumbaan (kecuali CP150) akan digunakan untuk dua pusingan berturut-turut. Ini bermakna, posisi grid untuk perlumbaan Pusingan 5 dan Pusingan 6 dalam kategori CP125, Wira KBS, PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup, serta perlumbaan-perlumbaan satu jenama Honda dan Yamaha akan ditentukan melalui sesi kelayakan ini.
Para pesaing kategori CP125 dikejutkan dengan pengumuman penyertaan saat terakhir dari dua pelumba berpengalaman – Mohd Zaqhwan Zaidi (Boon Siew Honda Racing Team) dan Abdul Muhaimin Roslan (ONEXOX Racing Team)
Kehadiran Muhaimin mendatangkan impak yang besar, mendahului sesi kelayakan CP125 dengan catatan masa 1’24.008s.
Keputusan Sesi Kelayakan
CP150
1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) 1’17.573s
2. Mohd Ramdan Rosli (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) 1’17.767s
3. Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) 1’18.244s
4. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 1’18.245s
5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, Team AHM Motorsports Yamaha Racing) 1’18.322s
CP125
1. Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha, ONEXOX Racing Team) 1’24.008s
2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) 1’24.011s
3. Mohd Adib Rosley (Yamaha, IPONE Yamaha YY PANG Racing Team) 1’24.847s
4. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 1’24.886s
5. Mohd Khairi Asyraf Mahmood (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team 1’25.248s
Comments
Post a Comment