KEPUTUSAN PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX CHAMPIONSHIP - Pusingan Kelima



 LITAR SEPANG MASIH DALAM GENGGAMAN HELMI AZMAN

Pelumba Hi-Rev SCK Honda Racing, Mohd Helmi Azman, seakan tiada tandingan di Litar Sepang apabila berjaya merakam kemenangan ketiga pada musim ini, di Litar Utara Sepang pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

 

Walaupun terpaksa memulakan perlumbaan dari barisan kedua setelah mencatat masa ke-enam terpantas dalam sesi ShootOut CP150, strategi perlumbaan pelumba Honda tersebut nyata tidak terjejas. Helmi mengekalkan kedudukannya dalam kelompok pertama untuk sembilan lap pertama, manakala Mohd Aiman Tahiruddin, Mohd Haziq Mohd Fairues, Affendi Rosli, Azroy Hakeem Anuar, Akid Aziz dan Ahmad Fazli Sham bergilir-gilir memimpin perlumbaan sepanjang 11 pusingan itu.

 

Meskipun hanya mula mengorak langkah pada pusingan ke-10, Helmi masih berjaya mengenepikan tentangan hebat dari Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dan pendahulu kejuaraan Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) di garisan penamat.

 

Kemenangan Helmi yang ketiga pada musim ini dicatat dengan masa 14’38.112s.

 

“Itu sememangnya strategi perlumbaan pasukan kami untuk pusingan ini. Agak mustahil bagi seseorang pelumba untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama untuk perlumbaan sepanjang 11 pusingan di atas litar yang panjang dan lebar seperti Sepang. Jadi, saya hanya berancang menunggu sehingga pusingan terakhir sebelum membuat serangan. Syukur, strategi tersebut menjadi pada perlumbaan tadi,” kata Helmi.

 

Afif terpaksa berpuas hati di tempat ke-2 dengan catatan masa 14’28.120s. Ini adalah podium pertama bagi Afif dalam musim 2020. Kedudukan ketiga disambar oleh Azroy Hakeem Anuar dengan catatan masa 14’38.142s.

 

Dengan kemenangan terbaharu dari Helmi Azman ini, kedudukan Azroy di atas tangga keseluruhan CP150 semakin tergugat. Azroy kini hanya mendahului kejuaraan dengan 97 mata, 6 mata di hadapan Helmi Azman. Sementara itu, kedudukan kedua-dua pelumba Honda ini semakin sukar digugat oleh pesaing lain. Pesaing terdekat di tangga ke-tiga, Mohd Aiman Tahiruddin, ketinggalan 35 mata di belakang Helmi dengan jumlah 56 mata selepas lima pusingan ditamatkan.

 

Dalam perkembangan lain, Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berjaya memenangi perlumbaan CP125 Pusingan 5 dengan catatan masa 11’14.252s. Tempat ke-2 jatuh ke tangan Mohd Fareez Afeez Abd Rahman yang mewakili pasukan IPONE Yamaha YY Pang Racing Team manakala Mohd Hafiza Rofa yang memulakan perlumbaan dari petak pertama menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan catatan masa 11’14.342s.

 

Kemenangan Syafiq itu berjaya mengekang kemaraan pelumba-pelumba taruhan pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dari terus mara mendominasi buruan takhta CP125. Syafiq Rosli kini memimpin kategori pertengahan ini dengan 81 mata. Mohd Shafiq Rasol turun ke tangga ke-2 dengan 74 mata selepas menamatkan perlumbaan Pusingan 5 di tempat ke-9.


KEPUTUSAN PUSINGAN 5

 

CP150

1. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing)                                                14’38.112s

2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing)                            14’38.120s

3. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing)                                   14’38.142s

4. Izam Ikmal Izamli (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing)                                                14’38.874s

5. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing)            14’38.953s

 

CP125

1. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-Maju Motor)         11’14.252s

2. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang)                 11’14.291s

3. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team)                                                11’14.342s

4. Mohd Adib Rosley (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang)                                                11’14.408s

5. Mohd Khairi Asyraf Mahmood (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang)                11’14.442s

 

WIRA KBS

1. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha, ONEXOX Racing Team)                     8’38.496s

2. Rahimi Nabil Razu (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing)                             8’38.497s

3. Mohd Izzat Mohd Raduan (Yamaha, ONEXOX Racing Team)                                     8’38.660s

4. Mohd Norhakim Mohd Norhafizullah (Yamaha, ONEXOX Racing Team)        8’39.182s

5. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing)             8’39.406s

 

 

KEDUDUKAN KESELURUHAN SELEPAS 5 PUSINGAN

 

CP150

1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing)                                   97 points

2. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing)                                                91 points

3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing)            56 points

4. Mohd Akid Aziz (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-Maju Motor)                         48 points

5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, AHM Motorsports Yamaha Racing)   43 points

 

CP125

1. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-Maju Motor)         81 points

2. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team)                                                74 points

3. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team)                                                73 points

4. Mohd Adib Rosley (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang)                                                59 points

5. Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi (Yamaha, ONEXOX SAG Team)                     54 points

 

WIRA KBS

1. Rahimi Nabil Razu (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing)                             98 points

2. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha, ONEXOX SAG Team)                                     79 points

3. Mohd Norhakim Norhafizullah (Yamaha, ONEXOX SAG Team)                     61 points

4. Mohd Izzat Raduan (Yamaha, ONEXOX SAG Team)                                                  58 points

5. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing)             50 points

Comments

Follow Us