MAM SPEEDWEEK CHAMPIONSHIP: MOHD HAFIEENAZ & MUHAMMAD AQID DINOBAT JUARA KEJOHANAN








Kejuaraan MAM Speedweek yang julung kalinya dianjurkan oleh BRAAP Motorsports Club (BRAAAP), dengan sokongan Persatuan Motorsport Malaysia (MAM), berakhir di Litar Antarabangsa Go-Kart  Sepang hari ini dengan Mohd Hafieenaz Mohd Ali dan Muhammad Aqid Jamali memenangi pusingan akhir kategori masing-masing iaitu SB150 4T dan SB150 2T.

Memenangi keempat-empat pusingan kejuaraan sulung, Mohd Hafieenaz memperoleh 153 mata untuk menjadi juara yang keseluruhan, menewaskan Ahmad Nor Fitri di tempat kedua, yang memiliki 119 mata, dengan jurang 34 mata kejuaraan. Dzikri Iskandar Azhar menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam kategori SB150 4T ini dengan 95 mata.

15 mata pada hari terakhir dengan kemenangan merupakan bonus buat Muhammd Aqid yang mengakhiri kejohanan musim 2020 dengan 146 mata, dengan jurang 57 mata di hadapan Muhammad Fairuz, yang mengumpul 99 mata. Syamsul Akmeer Roslie menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan hari ini, menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam kategori SB150 2T dengan 89 mata.

Walaupun menduduki tempat ketiga pada perlumbaan akhir hari ini, Amir Izzat mengumpulkan mata yang cukup untuk memenangi gelaran keseluruhan bagi kategori SB250, dengan 123 mata terkumpul. Muhammad Zakir dinobatkan sebagai naib juara dengan mengumpul 108 mata, lima mata lebih tinggi daripada pelumba ketiga, Azizul Khairi.

Kejuaraan MP150 yang sangat kompetitif diungguli oleh Muhammad Nazif Nor Samsol, yang menamatkan musim ini dengan pungutan 101 mata. Mohd Shariman Mohd Yusop menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 75 mata, manakala Rozaliman Zakaria yang memenangi Pusingan 3 dan 4, menduduki tempat ketiga dengan pungutan 70 mata.

Saingan yang amat sengit dalam kategori MP180, dimana Mohd Emir Firdaus akhirnya merangkul mahkota juara keseluruhan setelah menewaskan saingan terdekat, Mohd Emy Noordin, dengan jurang 10 mata. Muhammad Amirul Rosefendy menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan jumlah 103 mata.

Bagi kategori OMR SB390, Ahmad Farhan Iqwan Ahmad Shamsul Nizam merangkul mahkota juara keseluruhan dengan jumlah 141 mata, menewaskan Arif Hishamudin Ahmad di tempat kedua dengan 95 mata. Mohd Ezrix Syahriz Osmera di tempat ketiga keseluruhan dengan 60 mata.

Setiausaha Agung MAM, Encik Muizz Azli menyatakan bahawa MAM akan terus berusaha lebih jauh dalam menyokong pelbagai program pembangunan sukan permotoran dan berharap dapat mencungkil lebih banyak bakat tempatan pada masa hadapan.

Hadiah-hadiah disampai kepada pemenang oleh Setiausaha Agung MAM, Encik Muizz Azli, Presiden BRAAAP, Azuan Izadee dan Encik Farhan Ali, iaitu pengasas Tuneboss ECU Malaysia, yang merupakan penaja utama kejohanan ini.

Kejohanan ini kurangkan menjadi empat pusingan dari lima pusingan seperti yang dirancangkan akibat pandemi Covid-19 yang melanda dunia, khususnya Malaysia. Kejohanan ini juga merangkumi SIC MiniGP Championship yang merupakan program pembangunan bakat pelumba muda, dengan kerjasama MAM, SIC dan ZKracing.

Comments

Follow Us